Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 December 2011

DAKWAT KEKAL - ULAMA' BIMBANG SPR GUNAKAN AGAMA.


Sebelum ini aku ada suarakan kebimbangan tentang perlaksanaan dakwat kekal dalam PRU13 ini..
baca artikel ni [DAKWAT KEKAL,BENGAPNYA SPR]

Aku ingat aku sorang jer yang berperasaan sedemikian..
rupa-rupanya Dr.Asri juga sependapat dengan aku..

Bekas Mufti Perlis
Dr. Asri (gambar) juga bimbang sekiranya SPR menggunakan alasan agama untuk tidak menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 ini..

Dr.Asri dalam kenyataannya
yang seakan memerli SPR berkata...
"Sebenarnya, saya kagum, ianya sangat menarik apabila SPR bercakap soal agama walaupun sudah ada fatwa mengenai perkara ini, baca sini..


Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata,
SPR tidak perlu menggunakan Islam sebagai alasan melengah atau halangan kepada penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum yang akan datang.
 

Beliau menambah...
"Jangan gunakan Islam sebagai alasan dan penghalang untuk melaksanakan sesuatu yang akan membawa kepada keadilan. Itu adalah satu sikap yang amat buruk. 

Isu sama ada dakwat akan dibenarkan dalam Islam telah dibangkitkan oleh Ibrahim Ali baru-baru ini,beliau berkata bahawa dakwat kekal mungkin menyebabkan wuduk tidak sah.. 

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada tahun 2007..
dalam satu ujian yang dilakukan mendapati bahawa dakwat kekal didapati bebas daripada bahan-bahan yang dianggap tidak suci dalam Islam, selamat dan tidak menghalang air sampai ke kulit semasa mengambil wuduk.

Tambah Asri lagi..
"Penggunaan dakwat kekal adalah dibenarkan,Jika tidak, pada dasarnya kita tidak boleh menggunakan pen biasa juga kerana dakwat melekat di mana-mana sahaja."
 

"Bagi saya isu ini merupakan perkara yang mudah malah seorang guru agama kampung boleh menjawab. Ia adalah mengenai keadilan. " tambah beliau lagi...
                          

Menurut Ahmad Awang, 
bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia pula... 

"Mereka sedang mencari-cari alasan. Jika mereka mahu fatwa yang baru (sesuatu yang tidak perlu)  maka mereka boleh keluarkan fatwa berdasarkan fatwa sebelumnya," katanya.
 


"Malah di Malaysia, penggunaan dakwat kekal sememangnya perlu diwajibkan...


Ramai yang masih ragu-ragu BN akan membenarkan dakwat kekal walaupun SPR mengatakan mereka akan melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 ini..

Keraguan ini menjadi munasabah apabila kita sudah ada pengalaman pada PRU12 tahun 2008 apabila penggunaan dakwat kekal secara tiba-tiba dibatalkan di saat-saat akhir..


Guna dakwat kekal..
BN pasti tidak kekal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive