Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 15 November 2011

UMNO KAYAKAN SHARIZAT SEKELUARGA, PINGGIRKAN 15,625 ORANG BIASA


Kerana mahu kayakan Ketua wanita UMNO..
UMNO sanggup ketepikan peluang seramai 15,625 orang yang bertaraf sebagai manusia biasa di dalam negara kita ini yang berkemungkinan berminat untuk menjadi penternak lembu..
kandang penternak biasa ~ sekadar hiasan

Untuk Sharizat..
Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO melalui kuasa yang ada pada mereka dengan mudah meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta untuk..


...menjadikan suami dan anak Sharizat sebagai penternak yang GAGAL tapi berjaya...
menjadikan suami dan anak Sharizat sebagai penternak yang RUGI tapi dapat status JUTAWAN...

RM250 juta untuk sebuah keluarga...?
keluarga Sharizat...?

Sedangkan untuk RM250 juta ini...
sepatutnya mampu membantu atau mewujudkan seramai 15,625 orang penternak dengan jumlah ternakan yang dibantu sebanyak 20 ekor lembu setiap seorang..

Aku dapatkan harga untuk seekor anak lembu yang baru "putus susu" dari seorang penternak lembu di Perak.. lembu putus susu ni adalah lembu yang berusia sekitar 9 bulan ke atas... baya ni yang paling sesuai untuk diternak...

beliau mengatakan bahawa harga seekor anak lembu yang baru sahaja putus susu adalah sebanyak RM700 hingga RM800 seekor..
ini harga di perak dan untuk lembu biasa...

jadi jika seorang penternak diberi bantuan sebanyak 20 ekor..
20 ekor x RM800 (harga anak lembu) 
= RM16,000 (kos seorang penternak)

RM250 juta yang diberikan kepada Sharizat tu..
jika dibahagikan dengan RM16,000 pulak (kos bantuan seorang penternak) ,
maka akan dapat melahirkan penternak seramai 15,625 orang..

Sekali lagi pemimpin kita diutamakan oleh pemimpin kita...
orang miskin dan penternak biasa..
terpaksa teruskan hidup mereka dengan cara yang agak susah dan terpaksa bersabar dengan liku-liku kehidupan demi mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri...

Tetapi keluarga Sharizat mudah sahaja..
dapat pinjaman pun mudah sahaja..
walaupun gagal,pihak yang bagi pinjaman pun tak bising suruh bayar..

mudah sungguh bila ada jawatan dalam UMNO ni...
hak rakyat miskin dilanggar tanpa ada rasa bersalah..

kalau kita jatuhkan dia,nanti ada pulak orang UMNO yang akan bisikkan pada telinga kita..
"buat apa jatuhkan dia,jahat-jahat dia pun dia orang kita, orang melayu.."

kah..kah..kah...
kerana ayat keramat bodoh itulah UMNO boleh memerintah negara selama 54 tahun dan menyebat duit rakyat tanpa rasa takut akan hilang sokongan...


Kerana UMNO tahu orang melayu ni takut nak berubah...

2 comments:

  1. Sebab tu ada pepatah pepatih baru...'Kalau nak kaya...masuk umNO'. 'Demakin tinggi jawatan seseorg tu dlm umNO, semakin kaya lah dia."

    ReplyDelete
  2. dia ni melayu ker lololololololol

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive