Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 11 November 2011

SKANDAL FIDLOT , NOH OMAR PANDAI CABAR JER BILA KITA SAHUT, DIA LARI.


Baru-baru ini Noh Omar ada mencabar Pakatan rakyat supaya mengambil alih Projek Fidlot Nasional yang sudah pun gagal di bawah pengurusan syarikat keluarga Sharizat Jalil..

Walaupun mendapat peruntukan  sebanyak RM250 juta dari kerajaan BN..
Projek tersebut telah pun gagal dan jauh tersasar dari sasaran sebenar..

Rakyat masih lagi bingung dengan pengakuan Noh Omar terdahulu yang mengaku Projek tersebut sebagai  "berjaya" kerana mampu mengeluarkan 8,000 ekor sepanjang 3 tahun yang lalu sedangkan sasaran asal sebenar adalah 60,000 ekor setahun..

Sebelum ini juga Noh Omar pernah membuat cabaran kepada Pakatan Rakyat supaya melawat sendiri Projek tersebut dan saksikan sendiri "kejayaan lembu" tersebut..

Namun...
apabila pemimpin-pemimpin Keadilan dan juga NGO Jingga 13 beserta wartawan datang ke Pusat ternakan tersebut.. 
mereka telah dihalang dari memasuki Pusat ternakan tersebut,lihat sini..

Amat malang bagi Noh Omar apabila cabaran beliau supaya pemimpin Pakatan Rakyat membuat lawatan ke Pusat Fidlot telah di sahut oleh pemimpin Keadilan.. 

yang mana akhirnya memalukan beliau sendiri apabila Pegawai yang bertugas di Pusat Fidlot tersebut kelam kabut menutup pagar utamanya.. yang mana katanya,dia menerima arahan dari pihak atasan supaya menutup pagar tersebut...

Kini nasib malang sekali lagi menimpa Noh Omar apabila Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari menyahut cabaran Noh Omar supaya Pakatan Rakyat mengambil alih Pusat ternakan tersebut...

nampaknya cabaran Noh Omar ni dah memakan diri sendiri..

lepas ni apa pulak alasan Noh Omar untuk menolak kesanggupan kerajaan Negeri Selangor menguruskan Projek Fidlot yang "mahal" tu..?

rujuk artikel di [sinar harian ]


Dulu Noh Omar cabar pergi melawat...
kita pergi sampai Gemas.. tapi telah dihalang dari melihat lembu..

sekarang ni pulak dia cabar kita uruskan Pusat tersebut..
kita sudah sahut cabaran dia..
lepas ni apa pulak alasan yang akan diberikan oleh badut UMNO ni..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive