Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 9 November 2011

SHARIZAT KATA KELUARGA DIA SEMEMANGNYA LAYAK DAPAT PROJEK LEMBU RM250 JUTA


Sharizat Jalil yang selama ini mendiamkan diri dalam isu Projek Fidlot yang bernilai RM250 juta akhirnya bersuara..

beliau juga akhirnya mengaku bahawa sememangnya keluarga beliau terlibat dalam Projek GAGAL yang dikatakan sebagai berjaya oleh Pak Menteri..

Kenapa kita katakan projek ini sebagai gagal lihat disini [lembu menjahanamkan projek lembu]

Sharizat tidak mahu bercakap pasal kegagalan projek Fidlot itu tetapi lebih kepada menekankan bahawa keluarga beliau sememangnya layak untuk menghabiskan duit rakyat sebanyak RM250juta.. malaysiakini



Atas kapasiti apakah Sharizat boleh mengatakan keluarga beliau sememangnya layak mendapat projek berkenaan..?

Adakah Sharizat mahu mengatakan oleh kerana beliau Ketua Wanita UMNO maka keluarga beliau layak dapat projek itu..?
bagaimana pula dengan orang lain yang lebih layak dan sememangnya peniaga dan penternak yang berkemampuan dan berpengalaman..?
Penjelasan Sharizat itu adalah semata-mata cakap politik..
beliau masih tidak menjelaskan bagaimana Projek semahal itu boleh gagal..?

Rakyat mahu tahu..
sekiranya projek itu gagal,kemanakah perginya duit rakyat yang telah disalurkan kepada Syarikat NFC yang dikaitkan dengan keluarga Sharizat..

Sharizat cuba memusing isu ini kepada isu politik..
konon-kononnya serangan ini dilakukan kerana dia adalah Ketua Wanita UMNO..

Bagaimana Sharizat boleh mengatakan bahawa kehilangan wang rakyat yang sebegitu besar hanyalah satu masalah politik peribadi beliau..?

Dalam negara kita ni..
Nak dapat projek ratusan juta kena jadi pemimpin UMNO terlebih dahulu..

1 comment:

  1. Sharizat tidak ade maruah. berhenti sajalah. jangan menyusahkan Dato Najib lagi. Kalau nak kerja , jaga aje wanita. Lagi pun dia calun BN yang kalah. Kalau bagus dia menang. KJ pun takde jawatan pimpin Pemuda, takde masaaalah. Lagi pun dah lama sangat berhenti sajalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive