Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 27 November 2011

SARANAN SHAMSUL UNTUK JAWATAN PM DAN BERSIH 3.0 YANG PERLU KITA FAHAM


Saranan Ketua AMK,Shamsul Iskandar atas dua isu di dalam Kongres PKR baru-baru ini banyak disalah ertikan oleh ramai orang..
isu yang dibangkitkan oleh Shamsul adalah :-
  • AMK akan buat demo jika Anwar dipenjarakan..
  • AMK cabar UMNO pinda perlembagaan persekutuan PM hanya untuk melayu.
Dua isu ini banyak membuatkan orang tertanya-tanya apakah yang mahu disampaikan oleh Ketua AMK ini..

Dua isu ini pula disalah ertikan sebagai :-
  • Shamsul mahu adakan demo Bersih 3.0 jika Anwar dipenjarakan.
  • Shamsul mahu jawatan PM hanya untuk orang melayu.
Aku tak dapat nak faham bagaimana orang parti tidak boleh faham kedua-dua isu ini..

Isu pertama..
korang baca ni dulu..
lihat artikel dari Malaysiakini..

Dah baca..?
Aku sewaktu mula-mula baca kenyataan Shamsul ni aku dah faham dah..
dia kata "Perhimpunan itu akan dijalankan SEBELUM satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihanraya adil,Bersih 3.0.."

Aku siap hightlightkan perkataan "sebelum" tu dengan warna merah..
agar korang faham maksudnya adalah, sebelum bersih 3.0 akan ada lagi satu perhimpunan jika Anwar dipenjarakan..
OK jelas..? clear..?

Meh kita sembang lak isu kedua yang disalahertikan..
orang kata  Shamsul ni racist sebab minta UMNO gubal perlembagaan persekutuan supaya hanya orang melayu sahaja jadi PM..

lihat artikel dari Malaysian insider ni dulu..


Ok...
Isu ni sebenarnya hanyalah cabaran perli kepada UMNO..
kan ker UMNO selama ni beriya-iya sibuk ke pelusuk kampung kata UMNO lah pejuang Melayu..
Kerana UMNO lah melayu maju..
kerana UMNO lah bla..bla..bla..

Silap-silap UMNO nak kata kita lahir sebagai melayu pun sebab UMNO jugak..
hehehehe...

Jadi cabaran dibuat oleh Shamsul..
jika benar UMNO ni hebat sangat nak bela orang melayu,pinda ler perlembagaan persekutuan agar hanya melayu je yang jadi PM..

ni tak.. hanya gebang jer kata bantu melayu,majukan melayu..
yang dibantu dan maju adalah kroni UMNO jer..

Soalnya adalah,UMNO takkan berani buat pindaan tersebut walaupun UMNO sibuk kata 
hidup melayu..
hidup melayu..
hidup melayu..

jadi..
kalau korang nak tahu..
itu hanyalah cabaran perli dari AMK kepada UMNO..
Shamsul pun tahu UMNO takkan berani pinda punya..
jadi janganlah UMNO sibuk nak kata UMNO segalanya untuk orang melayu..

Korang pernah dengarkan, kalau anak panjat pokok pastu jatuh cedera..
mak budak tu marahkan anaknya,
"ha,panjatlah lagi..panjatlah lagi.."
maksud mak tu bukanlah dia suka anak dia tu panjat pokok lagi,tapi sajer je nak perli anak dia tu..
supaya lain kali beringat..

Lagi pun Anwar dah jelaskan isu ini melalui kenyataannya semalam..
rujuk sini kenyataan Anwar, malaysiakini 

Isu yang mudah jadi payah sebab kita payahkan..
penjelasan aku ni bukanlah bermakna aku sokong kedua-dua isu tersebut atau pun menunjukkan aku sokong Ketua AMK..
tetapi sekadar menjelaskan...

2 comments:

  1. terima kasih. faham and clear as crystal. begitu juga diharapkan pada rakan2 yang lain. kita tak boleh nak bergaduh sakan dengan perkara kecil sebegini, pr mempunyai agenda yang lebih besar dari hal sebegini. terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  2. yup...
    buat apa gaduh-gaduh...
    lebih baik kita sama-sama sedarkan umno totok tu... itu lagi baik... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive