Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 26 November 2011

RESPON DAN PENJELASAN AZIZ BARI BERHUBUNG TITAH SULTAN SELANGOR


Aziz Bari hari ini memberikan respon titah Sultan Selangor semalam berhubung isu zakat Selangor...

Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu zakat di Selangor tidak diaudit.
“Saya tak pernah hentam pengurusan zakat Selangor sebagaimana yang dititahkan,” kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu...

“Saya tidak kata zakat di Selangor tidak diaudit...
Apa yang saya komen ialah kebimbangan yang wujud ekoran pindaan itu dan ia  mungkin berlaku di masa depan,” jelas beliau.

Tegas beliau, “saya tidak membuat apa-apa tuduhan, saya tidak buat apa-apa komen mengenai kedudukan pengutipan dan laporan zakat itu sekarang".

Minggu lepas beliau memberi komen tentang pindaan kepada enakmen mengenai pengurusan masjid dan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan cara Tuanku menitah para Ahli Dewan Undangan Negeri agar tidak menentang pindaan itu.

“Saya telah banyak membuat kajian mengenai institusi beraja. Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor. Saya mahu zakat diurus dengan baik...
Dua perkara ini melayakkan saya membuat komen.

 “Dua isu itu saya fikir tidak kena di sisi perlembagaan.... 
Ini kerana ia memberi terlalu banyak kuasa dan ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Tuanku...

Kuasa mutlak itu termasuk dalam soal pengurusan masjid dan zakat.

“Tegasnya saya tidak melakukan apa yang dititah oleh Tuanku semalam...
Saya menyatakan kebimbangan di masa depan. Saya tidak membuat tuduhan atau cuba mengelirukan rakyat.

“Apa pun saya sedia mengadap Tuanku jika dikehendakki. Saya fikir Tuanku berhak dan perlu mendapat input yang luas dan berbeza.

“Mungkin ada maklumat yang tidak saya ketahui. 
Sebab itu saya ulangi saya bersedia mengadap Tuanku jika dititahkan,” katanya.

Betul jugak apa yang dikatakan oleh Aziz Bari tu..
contohnya UMNO.. 
sikit-sikit guna nama Sultan..
sikit-sikit menyorok dibalakang nama Sultan...

Elok juga kalau Sultan menerima mengadap Aziz Bari ni..
sebab media UMNO memang dikenali sebagai media yang banyak sangat melaporkan sesuatu yang tidak tepat....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive