Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 30 November 2011

PRU 13,NAJIB ANGGAP PILIHANRAYA "LUAR BIASA" ,MUHYIDDIN ANGGAP UMNO KRITIKAL.


Najib menganggap PRU 13 kali ini sebagai pilihanraya "luar biasa" di dalam sejarah BN..

Aku rasa sudah tentulah Najib sudah mendapat taklimat dari risikan UMNO dan juga risikan pihak SB-SB yang selama ini sememangnya diketahui kerap menjadi agen risikan bagi pihak kerajaan dan juga UMNO..

malaysian Insider


Apabila Najib sudah ke tahap menggambarkan PRU 13 ini sebagai "luar biasa" maka dapatlah kita gambarkan apa maklumat yang yang sudah diterima oleh pihak BN dan UMNO..

Sudah tentulah BN menyedari bahawa Penguasaan Putrajaya adalah 50/50 antara BN dan Pakatan Rakyat..
kali ini,BN tidak mampu mendabik dada seperti PRU-PRU yang lalu..

Kalau dulu..
BN tak cakap soal 50/50 untuk menguasai kerajaan..
dulu BN hanya bercakap isu majoriti 2/3 sahaja..
seolah-olah,kemenangan sudah dalam tangan...
itu dulu....

Sementara itu Timbalan beliau pula.. 
si Muhyiddin Yassin, mengakui UMNO kini berada dalam keadaan kritikal..
Dalam ucapannya ketika merasmikan sayap Puteri,Wanita dan Pemuda UMNO..
beliau berkata...

"Sesungguhnya...
kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal...
Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? 
Atau akan terlepas ke tangan orang lain?”

Itulah antara inti pati ucapannya yang sungguh tidak memberangsangkan  itu... 

Baca sini.. Malaysian Insider.
 
Antara kajian yang dibuat oleh pihak UMNO sendiri yang sampai ke telinga aku adalah..
Pakatan Rakyat diramal berjaya menang 122 kerusi Parlimen..

Korang fikir sendirilah..
Parlimen ada 222 kerusi jer..
Jika Pakatan menang 122 kerusi akan jadi apa...?
kah..kah..kah..

Dalam PRU 13 ni..
Memang UMNO wajib takut pada tahap makam ke sepuluh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive