Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 29 November 2011

DUA FAKTOR PRU 13 MALAYSIA MUNGKIN DIADAKAN LEBIH AWAL - FIRMA JEPUN.


Dua aspek utama yang menjadi faktor-faktor penganalisis politik menjangkakan PRU13 mungkin akan diadakan secepat mungkin iaitu dalam tempoh 6 bulan akan datang ni...

Menurut firma Nomura dalam laporannya mengenai prospek 2012 Malaysia...
Faktor-faktor itu adalah,
  • Kemerosotan persekitaran ekonomi.
  • Pertambahan 3.2 juta pengundi muda jika PRU diadakan pada awal tahun 2013.
Mengenai faktor ekonomi...
Firma itu menjelaskan, selaku ekonomi berorientasikan eksport ketiga utama di Asia selepas Hong Kong dan Singapura, Malaysia terdedah kepada kesan kemungkinan kelembapan di China.

“Dalam senario sedemikian, Malaysia akan berakhir dengan kedudukan mudah terjejas,” kata laporan itu sambil menambah... 
tiga enjin pertumbuhan iaitu..
  1. ekonomi sektor awam dan swasta, 
  2. eksport pengeluaran dan 
  3. sumber-sumber komoditi 
ketiga-tiga enjin pertumbuhan ekonomi ini kemungkinan besar akan berada di kedudukan yang lebih lemah.


Bagaimanapun kerajaan seperti biasa,tidak mahu mengaku kelemahan tetap mempertahankan bahawa ekonomi akan kekal tidak mudah luntur meskipun wujudnya masalah fiskal di negara-negara maju di Eropah...

Faktor pengundi baru seramai 3.2 juta..
Menurut Firma penyelidikan Jepun itu, pertambahan pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 bermakna akan wujud persaingan sengit dalam mendapatkan sokongan.

Pengundi muda ni aku tengok ramai yang sokong Pakatan Rakyat..


Laporan Nomura juga berkata...
dengan pengundi-pengundi layak meningkat sebanyak 1.9 juta kepada 16.3 juta pada akhir suku pertama tahun ini dan peningkatan pengundi-pengundi layak boleh mencecah 3.2 juta pada suku pertama 2013.

“Dengan mengambil kira 2.58 juta tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008...

Kami menganggarkan bahawa bilangan mereka sebenarnya mengundi boleh mencecah 9.43 juta...

Satu bilangan yang signifikan, yang pada pandangan kami kemungkinan akan meningkatkan saingan memandangkan perikatan yang memerintah hanya menang dengan majoriti 384,688 undi pada 2008,” kata laporan itu.

Nomura juga menyebut kemungkinan bukan semua pengundi yang layak akan mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Sumber : Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive