Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 3 November 2011

PINDAAN BN KE ATAS AKTA KERJA 1955,MARI KITA TURUN PIKET BERSAMA MTUC PETANG INI


MTUC akan mengadakan piket pada petang ini...
piket tersebut akan diadakan di beberapa tempat di Selangor dan juga di beberapa negeri lain...

Tujuan MTUC mengadakan piket ini adalah kerana membantah pindaan akta kerja 1955 yang akan secara "rasmi"nya mengangkat sistem kontraktor pembekalan pekerja secara besar-besaran..

apa maksudnya..?
maksudnya,akan datang jika akta yang telah dipinda ini tidak ditarik balik dan dilaksanakan secara meluas,maka generasi muda akan datang besar kemungkinan akan bekerja di kilang-kilang,di ladang atau pun dijabatan-jabatan kerajaan sekalipun akan bekerja secara kontrak yang dibekalkan oleh syarikat pembekalan pekerja...

Bila jadi macam tu,pekerja akan hilang kesemua jaminan dan elaun-elaun seperti yang mereka dapat sekarang ini...

dengarkan apa kata dua orang kuat MTUC ini...


MTUC berjuang untuk para pekerja... 
MTUC berjuang untuk kau.. untuk aku.. untuk orang tu.. untuk mereka semua...
tetapi apa pulak yang kita sanggup bantu pada pihak yang sedang berjuang untuk masa depan kita..??

Jadi,pada petang ini mari kita turun beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kita kepada MTUC yang membantah pindaan akta yang merugikan para pekerja..

Tarikh piket : 3 October 2011 (hari ini)
Jam : 5:00pm sehingga 6:30pm
lokasi piket :-

Kuala Lumpur :
  • Jalan Raja Laut (dihadapan KWSP)
Selangor :
  • Jalan barat,petaling Jaya (di hadapan TWU)
  • Seksyen 15,Shah Alam
  • dihadapan kilang Proton,Shah Alam
  • Bukit Raja,Klang (dihadapan jaya Jusco)
  • Teluk Panglima Garang, (dihadapan Toshiba)
  • Rawang,(jalan utama sungai Coh)
Pulau Pinang :
  • Di hadapan Pearl View HotelPrai
Perak :
  • Dihadapan bangunan MTUC Perak.
Melaka :
  • Dihadapan air terjun,Air Keroh,Jalan Bukit Beruang
Kelantan :
  • Dihadapan Trade Centre.
Sabah :
  • Dihadapan Hotel Tang Dynasty.

Mari kita turun beramai-ramai...
NGO Jingga 13 juga diberitakan akan join perhimpunan piket anjuran MTUC ini di Seksyen 15 Shah Alam...
lianglahad juga akan turun pada petang ini di salah satu tempat di Selangor..
kita sama-sama tunjukkan sokongan pada pihak yang berjuang demi masa depan kita dan anak-anak kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive