Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 30 November 2011

PERWAKILAN UMNO PERLU KEMUKAKAN FAKTA-FAKTA INI KEPADA SHARIZAT DAN MINTA BELIAU NAFIKAN.


Perhimpunan taukey-taukey melayu UMNO di PWTC sudah pun bermula semalam, 29 November..

Perhimpunan yang juga akan jadi acara tidur beramai-ramai itu akan turut disertai oleh Ketua Wanita UMNO yang juga merupakan bini kepada pengembala lembu NFC..

Masih banyak maklumat mengenai NFC yang perlu perwakilan UMNO tanyakan sendiri pada Sharizat.. 

Sebab sebelum ini beliau asyik cuba mengelak untuk menjawab secara panjang lebar isu NFC ni..
beliau biasanya hanya menjawab...
  • "saya tak ada kena mengena dengan NFC.."
  • "memang betul Dato' Seri Dr Mohamad Salleh Ismail Pengerusi NFC tu suami saya,tapi NFC tak ada kena mengena dengan saya"
  • "memang betul anak saya jadi pengarah NFC,tapi saya tetap tak ada kena mengena dengan NFC".
Para perwakilan Wanita UMNO haruslah bangkitkan fakta-fakta berkaitan Fidlot & NFC semasa perbahasan..
dan tanyakan pada Sharizat semasa Perhimpunan Agung UMNO ini apakah fakta-fakta ini benar..?

Kerana fakta-fakta ini adalah fakta yang tidak disangkal oleh keluarga Sharizat ni...

Fakta-fakta tersebut adalah..
  • Dana RM250 juta dimasukkan ke akaun NFC.
  • NFC mendapat pinjaman mudah dari kerajaan RM250 juta.
  • Kos lembu yang diternak pada tahun 2009 bernilai RM4,481 seekor.
  • NFC berbelanja RM827,579 bagi lawatan ke luar negara dan elaun keraian.
  • Diskaun RM2.9 juta diberi pada tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatwork milik keluarga Sharizat Jalil.
  • NFC rugi RM 7 juta pada tahun 2008 dan rugi RM11 juta pada tahun 2009.
  • Dana dari NFC disalur kepada NMLC dan RFC milik penuh keluarga Sharizat.
  • Penyalahgunaan dana untuk membeli unit kondominium di One Menerung,Bangsar.
Jika perkara ini dibangkitkan semasa perbahasan sudah tentulah Sharizat perlu menjawab kesemuanya tanpa dapat mengelak..

Perwakilan UMNO haruslah berani kemukakan fakta ini semasa berbahas dan minta Sharizat nafikan semua fakta tersebut sekiranya tidak benar...

Aku harap perwakilan ada keberanian untuk menyentuh isu Fidlot ni...

1 comment:

  1. Bilalah rakyat nak jadi JUTAWAN?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive