Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 21 November 2011

NFC YANG SEPATUTNYA MENTERNAK LEMBU,BIAYA UMRAH SHARIZAT RM31,580


Lepas satu-satu..
banyak rupanya penyelewengan dalam dana NFC yang mendapat pinjaman mudah dari duit rakyat untuk projek ternakan lembu ni...

Projek ini telah mendapat peruntukan dari duit rakyat sebanyak RM250 juta.. namun projek ini tidaklah berjaya seperti yang dirancang dan yang sepatutnya..

Ketua Audit Negara meletakkan projek ini sebagai tidak mencapai sasaran dan kewangan yang "kacau bilau"..
Projek lembu yang sepatutnya mengeluarkan 60 ribu ekor lembu setahun itu gagal apabila hanya berjaya mengeluarkan 8 ribu ekor sahaja SEPANJANG 3 tahun beroperasi..

Lepas tu pulak duit banyak dikeluarkan untuk sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan lembu..
antaranya..
  • Pembelian dua unit kondo mewah di Bangsar yang setiap satunya bernilai RM6.9 juta..
  • Membayar perjalanan Sharizat sebanyak RM26,400 pada tahun 2008
  • NFC memberikan lembu-lembu yang dibiayai menggunakan wang rakyat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 .
  • NFC juga memberikan lembu kepada Adun di Negeri Sembilan, Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
  • NFC menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti Datuk Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 pada tahun 2008, yang hanya dibiayai pada tahun 2009...
Dan pendedahan yang terbaru adalah NFC biaya umrah keluarga Sharizat  sebanyak RM31,580..
pendedahan terbaru ini dibuat hari ini oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Rafizi Ismail.


Macam duit mak bapak dorang jer  dorang perabihkan duit dana rakyat ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive