Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 16 November 2011

LANGIT TERBELAH DI PONTIANAK [GAMBAR DAN VIDEO]


Fenomena yang kelihatan seperti langit terbelah ini telah menggemparkan masyarakat di Pontianak Kalimantan barat beberapa hari yang lalu..

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu...

Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

Malaysiakini

Korang tengok le gambar-gambar dan video fenomena tersebut..




ni tengok videonya lak...

Walaupun langit tidak terbelah seperti "namanya"..
tetapi fenomena ini sangat menarik perhatian kita..
jika kita pandang dengan iman...
kita akan dapat pandang salah satu keindahan,kecantikan dan kebesaran kuasa Allah...

3 comments:

  1. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

    ReplyDelete
  2. Jikalau kita membaca kitab Tuhan kita dapat penjelasan bahawa setiap yang berlaku yang luar biasa merupakan tanda dekatnya akhir zaman.Oleh itu marilah kita berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  3. macam HAARP je.. ni blogsite apa huh.. konfius baca artikel2 dalam ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive