Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 29 November 2011

LAGI TAHANAN MATI DALAM LOKAP POLIS


Seorang lagi tahanan mati didalam lokap..
Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.


"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.


"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.


Polis seperti biasa..
mengaku polis tidak ada kena mengena dengan kematian tersebut mahupun mana-mana kematian tahanan di dalam lokap sebelum ini..


Mendiang Kugan yang jelas banyak kecederaan luar pun polis menafikan bukan kerja polis...


Jadi kita kena akui polis malaysia ni kalau buat soal siasat,mesti sama macam dalam drama Gerak Khas tu...
kah..kah..kah..


sumber : malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive