Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 27 November 2011

ISU LEMBU HANYA ASAM GARAM,TAK JEJAS SAYA - KATA SHARIZAT FIDLOT.


Ketua Wanita UMNO hari ini menegaskan bahawa isu lembu fidlot yang telah menghabiskan berjuta-juta duit rakyat itu hanya sebagai asam garam dalam kehidupan beliau berpolitik..

Isu itu langsung tidak mengganggu kepemimpinan beliau dalamWanita UMNO..

malaysian insider
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menambah...
"kurang penampilannya pada majlis atau media sejak kebelakangan adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu NFC timbul".

Beliau juga tidak muncul pada satu majlis rasminya di ibu negara petang semalam dan digantikan oleh timbalan menteri...

Sharizat juga cuba menggambarkan sekali lagi bahawa keluarganya layak dapat projek berkenaan dengan menyatakan keluarganya sudah berusaha keras...

Dalam satu kenyataannya, "Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah...saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.

Jadi..
fahamlah kita..
pemimpin UMNO ini langsung tidak terjejas...

walaupun keluarganya sendiri dapat projek bernilai RM250 juta..

walaupun syarikat ini mengaku tiada pengalaman dalam ternakan,tetapi hanya syarikat suami Ketua Wanita UMNO ini yang dapat projek berkenaan.. 

Walaupun syarikat suami Sharizat ini telah ternyata gagal dalam mencapai sasaran 60,000 ekor lembu setahun...

walaupun keluarganya membeli kondo mewah yang langsung tiada kaitan dengan bidang ternakan lembu..

walaupun syarikat milik suaminya ini pernah memberikan sejumlah RM26,400 sebagai wang perbelanjaan Sharizat..

Sharizat mengaku beliau tidak terjejas...
duit rakyat terjejas tak..?

Apa lagi...
UMNO sendiri tidak menganggap isu yang membabitkan ratusan juta dut rakyat ini sebagai salah..
maka menjadi wajiblah atas kita menolak satu kepimpinan yang menyokong gejala rasuah dan penyelewengan wang rakyat...

2 comments:

  1. Isu tersebut x menjejaskan dia kerana itu bukan duit dia.

    ReplyDelete
  2. Dah kamu yang pilih, terima sajalah balanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive