Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 24 November 2011

BUKTI PENGUNDI TIDAK BERMASTAUTIN MEMANG TIDAK TINGGAL DI DUN SRI MUDA


Pada tahun ini terlalu banyak kes pengundi hantu yang dikesan dibawa masuk ke Selangor..
antara tempat yang menjadi sasaran pengundi hantu ini adalah di Parlimen Kota Raja...

Pada pertengahan tahun ini..
jentera Pakatan Rakyat di dalam Parlimen Kota Raja terutamanya di Dun Sri Muda telah menggerakkan gerak gempur pengundi hantu...

Petugas-petugas parti telah mengambil senarai pengundi "baru" yang didaftarkan sebagai "pengundi berpindah alamat" di dalam kawasan Dun Sri Muda...

Dari alamat yang dibekalkan.. mereka telah pergi dari rumah ke rumah untuk siasat apakah betul orang yang ada namanya di dalam database SPR tu betul-betul menetap di alamat tersebut..

Dalam gerak gempur tersebut didapati penghuni sebenar  langsung tidak mengenali nama pengundi yang kononnya baru "berpindah" ke alamat rumah berkenaan...

Maknanya,
pengundi yang dikatakan baru berpindah masuk ke Dun Sri Muda tu..
sebenarnya tidak wujud atau mungkin berada ditempat lain,tetapi dipindah alamat mengundinya ke Dun Sri Muda oleh BN  supaya mereka ini dapat mengundi di situ pada PRU 13 nanti..
dan memangkah BN...

Dun Sri Muda sebagai contoh...
ini aku ambil sebahagian dari keputusan yang dibantah iaitu 140 orang sebagai contoh
(sebenarnya ada ramai lagi dan hampir seribu orang pengundi baru pindah alamat..)

Dari 140 orang tu..
hanya seramai 16 orang sahaja pengundi yang boleh diiktiraf sebagai bukan pengundi hantu,kerana mereka hadir semasa siasatan awam.. 
dan mereka ini dikira sebagai pengundi sah..

Manakala seramai 124 orang pengundi lagi,nama mereka telah ditolak SPR dan dilarang mengundi.. (itu kata SPR,tapi ntah ler..)


Bantahan yang berjaya dan menang, aku tandakan dengan warna kuning..
"masuk" tu dikira sebagai layak mengundi dan nama dikekalkan dalam daftar pemilih..
"keluar" tu pulak dikira sebagai nama yang ditolak keluar oleh SPR... (pengundi hantu ler tu,tapi berjaya dipatahkan)

Terdapat juga seorang pengundi yang hadir semasa siasatan awam,mendakwa bahawa namanya telah dipindahkan tanpa beliau sedari oleh pihak-pihak tertentu yang berniat jahat..
lihat nama pengundi pada no giliran ke 100..














itulah sebabnya Muhyiddin kata secara yakin,BN boleh tawan kembali 9 Dun di Selangor selain mengekalkan kerusi sedia ada...

ini hanya sebahagian...
ada banyak lagi...
sumber : PAS kotaraja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive