Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 4 November 2011

BANTAHAN SEKSUALITI MERDEKA DAN SOKONGAN BERSIH 2.0 BUKAN KERANA AMBIGA.


Program Seksualiti Merdeka bukanlah perkara baru dalam negara kita ini,ianya telah diadakan sejak tahun 2008,ia dianjurkan oleh sekumpulan NGO, artis-artis dan aktivis.

Mungkin kerana pada tahun ini ia menjadi isu kerana nama Ambiga..
Ambiga adalah penganjur Bersih 2.0 pada bulan July tahun ini..

Program Seksualiti Merdeka kali ini mendapat bantahan keras dari beberapa parti politik,dan kebanyakan NGO,termasuk dari NGO Islam mahu pun dari kalangan NGO bukan Islam..

PAS turut membantah keras penganjuran Seksualiti Merdeka ini..
membuktikan Pakatan Rakyat tidaklah menyokong Ambiga seperti yang kerap dituduh oleh ahli-ahli parti berkeris karat..

Pakatan Rakyat menyokong Bersih 2.0 adalah kerana Bersih menuntut satu sistem pilihanraya yang adil dan telus..
yang sepatutnya turut disokong oleh UMNO..

kecuali UMNO tidak bersetuju untuk mengadakan perubahan sistem pilihanraya yang adil dan telus...

bagi lianglahad,bagus jugak perkara ini timbul..
kerana ianya dapat mematahkan hujah-hujah dangkal pemimpin dan ahli UMNO yang mengatakan Pakatan Rakyat menyokong perjuangan peribadi Ambiga...

Senang nak faham adalah macam ni..
kalau seorang pencuri mengingatkan kita dan mengajak kita bersolat,kita nak marahkan dia tak kerana dia ajak kita pergi solat..?

adakah hanya kerana dia tu seorang pencuri,maka bila dia ajak pergi solat,kita langsung tidak mahu solat sehinggalah habis waktu semata-mata kerana marahkan si pencuri tu tadi..?

Samalah kes ini...
jika Ambiga menganjurkan sesuatu yang baik bagi rakyat dan sistem negara ini,kita wajar menyokongnya..
tetapi jika dia mengajak kita perjuangkan sesuatu yang berlawanan dengan tatasusila masyarakat negara ini dan mengajak kepada kemungkaran, kita sudah tentulah akan membantah...
mudah kan..? UMNO jer yang tak mahu faham..

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.

"Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive