Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 24 November 2011

AKTA HIMPUN,RAKYAT BUKAN LEMBU FIDLOT YANG BOLEH DICUCUK HIDUNG - FARIZ MUSA


Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan Rang Undang-undang Himpunan Aman di Parlimen kononnya untuk menjamin kebebasan berhimpun secara aman.

Namun pelbagai pihak mengecam undang-undang berkenaan yang meletakkan syarat yang lebih ketat dan menekan berbanding Akta Polis.

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman ini seolah-olah cuba menyekat kebebasan rakyat didalam mengadakan perhimpunan aman..

Ini adalah satu strategi supaya lebih menyukarkan rakyat daripada meluahkan perasaan mereka di dalam sesuatu perhimpunan aman...

Menurut Ketua Koordinator Jingga 13.. (gambar)
“Jingga 13 melihat Rang Undang-undang Himpunan Aman digubal sebagai satu usaha untuk “menjahit mulut, menggari dan memenjarakan rakyat” dan terus menguburkan amalan demokrasi.
“Rakyat bukan “lembu fidlot” yang boleh dicucuk hidung, mengikut telunjuk dan arahan, dikandang dan diikat sesuka hati oleh penguasa.” 

Tambah beliau lagi...
ia bukan sahaja membuktikan kegagalan kerajaan menerima pakai standard antarabangsa dan melanggar hak asasi manusia, malah menafikan amalan demokrasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara intipati yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut adalah...
  1. Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  2. Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  3. Tiada protes jalanan dibenarkan.
  4. Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
  5. Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.
  6. Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;
  7. Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
  8. Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.
 Kerajaan ni dah takde duit sangat ke sehingga sanggup melaksanakan undang-undang yang membenarkan pihak polis mendenda peserta himpun sehingga RM20,000..?


Mari kita sama-sama kuburkan BN pada PRU 13 nanti...
 

1 comment:

  1. Mari kita sama-sama kuburkan pembangkang PRU 13 ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive