Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 24 October 2011

USAHA KARAM SINGH MEMBELA LYNAS DAPAT BALASAN DATUK.


"Duta" kepada Lynas Malaysia SDN BHD Karam Singh Waliar
telah mendapat gelaran Datuk..
makanya,tidak sia-sialah pengorbanan beliau untuk membela syarikat Lynas sehinggakan beliau membuat liputan ke Australia bagi membela Lynas ini..

Perjuangan beliau terhadap Lynas sangat besar...
pengorbanan beliau terhadap rakyat Pahang juga besar..
beliau berjaya mempertahankan Lynas sekaligus  membuatkan harga hartanah dikawasan tersebut jatuh.

Beliau juga berjaya membuatkan rakyat Pahang dan Malaysia berdepan dengan risiko kerana sisa buangan radioaktif terpaksa dilupuskan di Malaysia...
ini ekoran Menteri Western Australia, Hon Norman Moore telah memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia... 
syabas Malaysia..

Karam Singh Waliar sangat bagus,sehinggakan beliau sokong keputusan Kerajaan untuk tidak mengenakan cukai terhadap Lynas selama 12 tahun.. 

sebuah syarikat yang memberikan impak besar kepada persekitaran kita tidak dikenakan cukai selama 12 tahun..? syabas Malaysia..

Mari kita dengar apa yang ingin disampaikan oleh Mat Salleh ini kepada rakyat Malaysia terhadap isu Lynas.


Dan mari kita dengar apa pula yang ingin dikatakan oleh Karam Singh Waliar yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk..



Kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive