Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 28 October 2011

KERANA MENTERI,IBU TUNGGAL SUKAR MENCARI REZEKI UNTUK ANAK-ANAKNYA.


Kerana tidak menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar...
lesen sekumpulan peniaga telah digantung...
cerita ni sudah dibawa oleh blog sahabat Milo Suam awal bulan october baru-baru ni..
dalam sekumpulan peniaga tu,terdapat juga seorang ibu tunggal...

Peniaga ni bukannya orang yang kerja di pejabat...
bukan bertali leher..
bukan duduk di kerusi empuk..
bukan duduk goyang kaki di dalam bilik yang berhawa dingin..
bukan ada pendapatan tetap...

hujung bulan belum tentu ada duit...
awal bulan pun belum tentu jugak ada duitnya..
dalam keadaan berniaga pun kadang-kadang terputus juga rezeki...
inikan pulak apabila langsung tidak dapat berniaga... 

jadi, nak menyekat rezeki golongan peniaga yang begini hanya kerana ketidakhadiran mereka ke satu majlis yang dihadiri oleh Noh Omar pada 19 September lalu.. 
memang tidak patut dan amat kejam sekali... (malaysiakini)
 

Bagus jugak pertanyaan YB Shuhaimi Shafiei tu...
Noh Omar nak tanggung makan minum dan pakai anak-anak peniaga tu ker..?

Difahamkan bahawa..
ibu tunggal tersebut hanya mendapat pendapatan melalui perniagaan di pasar tani itu semata-mata..
maka kini beliau dalam kesusahan kerana hilang punca rezeki..

berbaloikah dia diambil tindakan sedemikian rupa..?
inikah yang dimaksudkan oleh UMNO dan BN Rakyat di dahulukan..?

Mereka semua ni memang tidak pernah mahu memahami  keadaan rakyat bawahan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive