Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 13 October 2011

JAIS BERUSAHA KERAS DAPATKAN BOB.



Kita tak boleh nak kata apa dah..
ok lah.. memang peruntukan undang-undang JAIS ada hak buat demikian..
cuma yang kita pertikaikan adalah JAIS menyukarkan bagi orang yang mahu menyampaikan ilmu..

isu tauliah ni di dalam Islam tidak timbul langsung..
yang patut di pantau adalah "ilmu" itu sendiri..
kalau benar-benar menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar,maka patutlah diambil tindakan dan di tahan...

Bagaimanakah jika orang yang nak dapatkan tauliah tu mengaku dia mengikut ajaran Islam yang sebenar dan kemudian selepas dapat tauliah,dia ajar ajaran sesat dan selewengkan ilmu..?

jadi adakah JAIS nak kata tauliah itu adalah satu lambang bahawa  ilmu orang yang memiliki tauliah itu adalah benar-benar mengikut ajaran Islam dan yang tidak ada tauliah pula "ajarannya tidak benar"..?


Dalam mengulas ketidakhadiran beliau ke pejabat JAIS..
Bob kata “Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” 
Bob berkeras dengan pendirian bahawa beliau tidak melakukan kesalahan.

Aku ni, kalau JAIS ni berkeras dalam semua perkara,aku akan sokong... tapi janganlah hanya berkeras di dalam isu-isu yang tertentu sahaja...

adakah JAIS ni hanya "menjaga" orang yang memberi tazkirah..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive