Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 21 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT,KENYATAAN DANGKAL PEMUDA UMNO


Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya berhubung keengganan PAS menyertai HIMPUNAN SEJUTA UMAT di dalam stadium yang hanya boleh memuatkan seramai 100 ribu orang tu..

kalau nak dikatakan bodoh.. 
terlalu kasar lak aku rasa..
mungkin elok kita katakan bahawa pemuda UMNO ni bercakap tanpa berfikir.. 

Yang membuatkan aku berkata demikian tu adalah kerana Pemuda UMNO kata,
PAS "TIDAK SERIUS MEMPERJUANGKAN ISLAM DI NEGARA INI"..
Pemuda UMNO berkata demikian..?
Pemuda UMNO..?
Umno..??
Kah..kah..kah..

Kalau korang tak percaya,baca kenyataan ini dulu.. [utusan]

Begitulah UMNO..
apabila nak menunjukkan mereka memperjuangkan Islam,
sehingga tidak sedar mereka sedang memalukan diri mereka sendiri..

UMNO berlakon seolah-olah mereka ni memperjuangkan Islam  di negara ini,satu hal..
kata pulak PAS tidak serius memperjuangkan Islam di negara ini adalah satu hal yang lain..

Meh kita lihat betulkah PAS tidak serius memperjuangkan Islam..? 

dan betulkah pula UMNO benar-benar memperjuangkan Islam..?

PAS memperjuangkan undang-undang murtad ini sejak dari zaman Haji Yusof Rawa sehinggalah sampai saat ini...

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak  oleh ahli parlimen Islam UMNO.
 
Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Pada March 2006,Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad..

Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO... sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut..

Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.   


Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut.. 

Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan  mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah...

apakah perkara 121 (1A)?
perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah..

Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil..

contoh..
jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan.. 
keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah..

Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah...

balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.
Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula..
menteri-menteri itu adalah..

  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu,
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,
  • Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
  • Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek,
  • Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili,
  • Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok,
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On. 
Di mana UMNO pada waktu itu..?
tengah sibuk betulkan samping ker..?

Jadi sekarang ni UMNO nak jadi juara himpunan sejuta umat pulak..?

tak payah ler buat perhimpunan,
terus jer buat undang-undang murtad..
tak payah berlakon...
jangan jadi bangsa yang bercirikan sifat-sifat "MUNAFIK"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive