Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 18 October 2011

BAKI ZAKAT MASIH ADA RATUSAN JUTA LAGI.. TETAPI HIDUP DALAM KESEMPITAN


baru-baru ini lianglahad ada melaporkan tentang pengagihan zakat yang tidak seimbang..
Pusat zakat Wilayah,mengutip zakat dengan begitu banyak,iaitu sebanyak RM275 juta setahun...[baca artikel]

tetapi sehingga bulan june 2011..
jumlah yang telah dibahagikan hanyalah berjumlah RM86 juta sahaja...

samada pusat zakat tidak mencari orang miskin ataupun orang miskin tidak pergi ke pajabat zakat...?
kalau dizaman para sahabat dahulu...
khalifah yang akan keluar  mencari golongan yang patut dibantu... 
 
mungkin pegawai-pegawai baitulmal kita terlalu sibuk untuk mencari golongan-golongan Asnaf ini...

keratan akhbar metro pada 16 October 2011.
Pada 16 October baru-baru ini,akhbar metro menyiarkan satu kisah ibu tunggal yang hidup dalam kesempitan disebabkan hutang selain diburu oleh "along" kerana bekas suami beliau meminjam RM10,000 dan mencagarkan lesen "penjaja sementara" beliau kepada "along"  tersebut.

Tindakan bekas suaminya itu menambahkan lagi penderitaan hidup beliau apabila "along" sering datang ke gerai untuk menuntut hutang dan seringkali pula diugut,
malah hutang tersebut telah berganda jumlahnya kerana bekas suaminya gagal membayar hutang tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan..

Dalam hidup susah seperti ini..
beliau pula menjadi mangsa keadaan dan penganiyaan bekas suaminya..

dalam ketakutan itu..
dalam kesusahan itu..
wanita ini gigih juga berusaha untuk membayar hutang2 tersebut..
namun,setelah 6 tahun mencari duit untuk membayar hutang "along" dan menyara kehidupan..
hutang tersebut masih juga tidak selesai..

Betul..,
JKM dan MAIWP ada memberikan bantuan setiap bulan,namun duit tersebut terpaksa digunakan untuk membayar hutang "along" setiap bulan..

Soalnya,adakah dengan memberikan bantuan setiap bulan dalam jumlah yang tidak seberapa itu,dapat mengubah nasib wanita ini..? 
alamatnya.. 
mau sampai 10 tahun...hutang tetap tidak juga selesai..

Tidak layakkah wanita ini mendapat bantuan zakat..?  [MAIWP]


Aku rasa..
jika pihak zakat benar-benar mainkan peranan mereka,masalah ibu tunggal ini sudah pasti akan selesai...

memang kita faham..
zakat tidak boleh digunakan untuk hutang yang yang sengaja kita buat untuk "kemegahan" diri kita..

tetapi ,dalam kes wanita ini...
beliau memang layak untuk menerima bantuan dari zakat bagi menyelesaikan masalah hutang beliau..

Kenapa MAIWP tidak berbuat demikian..?
adakah MAIWP mahu mendengar berita suatu hari nanti,wanita ini telah mati dibunuh oleh "along" tersebut kerana gagal membayar hutang..?

adakah MAIWP mahu menunggu sehingga pihak gereja menawarkan bantuan kepada wanita ini..?
 
Duit kutipan zakat  ada ratusan juta lagi..
tak reti nak tolong orang susah ker..?

sentiasalah ingatkan kata-kata Saidina Umar r.a.
                                 “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.

2 comments:

  1. bayangkan kalau maiwp melangsaikan semua hutang perempuan ini kpd pihak along.ternyata,mst lg ramai diluar sana akan datang kepada maiwp utk menyuruh melangsaikan hutang along.

    jika difikirkan secara lojik,wanita tersebut SUDAH mendapat dua jenis bantuan secara bulanan iaitu dari maiwp dan jkm.

    kesimpulannya: manusia ni tidak pernah cukup dgn duit..tak perlu tunjuk kt wanita itu.lihat diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  2. Saya ibu tunggal...saya jgk ada pembayar zakat...
    kini saya tiada projek seperti 1tahun yg lalu..
    agak susah jgk masih ada anak yg belajar...nak mintak zakat ni kena melutut ker? baru dapat zakat? saya nak mula kan niaga kecil kecilan di depan rumah..nak baiki sikit kiosk utk tarikan pelanggan..xperlu sampai 64,000..cuma dalam rm5000.payah betul zakat nak bagi...pada saya..frust.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive