Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 September 2011

UMNO SERAH ORANG ISLAM KEPADA KOMUNIS!


UMNO kata mereka ni golongan yang menentang komunis..
tetapi dengan selamba dan bahalol nya Kerajaan UMNO telah dengan senang hati menyerahkan 11 orang pelarian Islam Uighur dari Negara China yang datang ke Malaysia untuk meminta perlindungan di negara ini akibat penindasan terhadap kaum mereka di China.

Kerajaan UMNO kata mereka menghantar pulang 11 pelarian itu dengan alasan mereka terlibat dalam "pemerdagangan manusia"... kalau benar sahih terlibat kenapa tidak mendakwa sahaja mereka seperti yang dilakukan terhadap tokey keldai-keldai dadah dari Iran..?
dakwa sahajalah...


Menurutnya, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut.

“Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNCHR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Kerajaan Malaysia tersebut,” jelas Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.


Kenapa pulak Malaysia tidak mahu memberikan peluang pelarian Uighur ini mendapatkan status pelarian dari UNHCR..? 

kenapa permohonan UNHCR untuk bertemu dengan pelarian-pelarian ini telah ditolak? sekaligus memadamkan harapan UNHCR untuk mendapatkan kisah sebenar dan sekaligus memungkinkan pemberian status pelarian dari UNHCR terhadap pelarian-pelarian ini...

dengan menyerahkan pelarian yang 11 orang ni kembali ke China,maka harapan untuk mereka ditahan,diseksa malah dibunuh oleh kerajaan China adalah amat tinggi sekali...
kenapa UMNO sanggup menghantar pelarian Islam yang lari dari mulut Harimau,kembali ke kandang harimau?

tak sensitifkah pemimpin-pemimpin UMNO ni...?
adakah kemungkinan jiwa orang Islam tidak berharga pada pemimpin UMNO..?
korang nak sokong lagi ker pada kerajaan yang sanggup mengkhianati umat-umat Nabi Muhammad SAW. yang meminta perlindungan kepada negara yang mereka sangkakan akan melindungi orang Islam..?

sori..
aku takkan sokong kerajaan yang macam ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive