Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 September 2011

SIME DARBY BELANJA 776 JUTA DIPERTIKAI


Sime Darby belanja RM776 juta untuk memiliki kepentingan strategik dalam Eastern & Oriental Bhd sebanyak 30%..

namun apa yang menjadi persoalan pelbagai pihak adalah rasionalnya pemilikan kepentingan tersebut..?
adakah pemilikan itu untuk mempelajari bidang hartanah..? sedangkan Sime darby bukanlah sebuah syarikat kecil dan bukan juga syarikat yang mentah..
pakar ekonomi pun masih kabur dalam hal ini..

Sime Darby baru-baru ini memeterai perjanjian penjualan saham dengan tiga pemegang saham utama E&O, iaitu Datuk Tham Ka Hon yang juga Pengarah Urusan dan pengasas Kumpulan E&O; Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan GK Goh Holdings Ltd. 

aku faham kenapa Zahrain ni bimbang...,
walaupun pemilikan itu adalah sebanyak 30% kepentingan,tetapi selepas RM776 juta dibelanjakan untuk itu,pengurusan E&O masih lagi di kuasai oleh pengurusan lama termasuklah salah seorangnya yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam pelaburan di Singapura - Temasik Holding..

Jadi Zahrain berkata “Di mana rasionalnya apabila syarikat gergasi seperti Sime Darby membelanjakan RM776 juta tunai kononnya untuk memperoleh kemahiran daripada syarikat E&0?” soalnya ketika dalam sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.

Maka beliau mendesak penjelasan pihak Lembaga Pengarah Sime Darby, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti menjelaskan isu berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, Datuk Tham Ka Hon (pengasas Kumpulan E&O) berkata, menerusi pengambilalihan itu, pasukan pengurusan E&O kekal tidak berubah bagi menyediakan kesinambungan dalam kepemimpinan selain memastikan perancangan korporat yang berkesan.

“Saya akan kekal sebagai Pengarah Urusan, menyediakan kepemimpinan dan visi untuk kumpulan serta membimbing pasukan pengurusan untuk terus menjalankan operasi harian syarikat,” katanya

kita ni kalau berurus niaga, selalunya kita  kalah dan rugi..
kita jangan lupa bahawa Sime darby ni sebelum ini pernah kerugian sebanyak RM1.63 billion.
Kerugian itu akibat dari lebihan kos dalam projek kendaliannya..

memang para pengendali syarikat besar negara kita ni "kurang bijak" belaka ker..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive