Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 9 September 2011

PENDAKWAH ISLAM DISEKAT!! PENGHINA ISLAM BEBAS MEMBERI HINAAN??


Orang yang mahu bercakap soal kehebatan Islam,mengembangkan ilmu Islam dalam gerak kerja dakwah mereka, telah disekat.. 
gerak kerja mereka untuk menerangkan ilmu Islam secara lebih tepat sentiasa "di sukarkan.."

dari tiada peraturan tauliah.. 
diadakan pula peraturan, pendakwah mesti ada tauliah..
dari pendakwah yang sudah memiliki tauliah untuk memberikan ceramah agama..
ditarik pula tauliah itu daripada mereka..
akhirnya yang rugi adalah umat Islam..

maka kita yang dah berpuluh tahun mengaji di masjid-masjid dan surau, hanya belajar cara ambik wudu' , solat, puasa , pastu ulang balik belajar wudu' , solat, dan puasa... sampai mati pun tak jumpa bab jenayat... 

tu sebab bila cerita bab hudud dan Qisas mereka akan cakap itu politik PAS... 
mana taknya,sebab sepanjang ngaji dengan "tok guru bersongkok" mereka tak pernah dengar tentang bab jenayat...


Kes-kes yang macam ni Jakim memang minat nak uruskan dan minat pula nak ulas kan..?
kenapa kes blog hina Islam yang semakin berleluasa dalam internet yang sangat mudah untuk dilayari oleh orang muda tidak pulak JAKIM beriya-iyer nak menghalangnya...

sekarang ni kat negara kita, orang yang mahu menyeru kepada kebaikan,kerajaan halang dan sukarkan mereka..
orang yang menghina agama, hina Nabi Muhammad SAW. dan hina Allah SWT pulak ,begitu bebas dan mudah meneruskan penghinaan sehingga kini..

apakah JAKIM sudah tidak sensitif dengan isu PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN ALLAH..?

bila pihak NGO Jingga 13 mahu menyampaikan memorandum berkenaan isu penghinaan yang dilakukan oleh blog "mak cik hajjah sitt al wuzara".. 
JAKIM tidak mahu pula mengambil serius tentang isu berkenaan,sehinggakan memorandum yang cuba disampaikan juga JAKIM tidak mahu untuk menerimanya.. baca sini.

OK,aku faham alasan JAKIM yang dikatakan mahu melindungi Islam dalam alasan mereka terhadap keperluan tauliah itu.. tetapi adakah mereka yang telah ditarik tauliahnya itu benar-benar  telah mengajar ajaran sesat ataupun mengajar ajaran Syiah..?

atau pun tauliah mereka telah ditarik hanya kerana mereka telah berceramah mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang adil seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan juga panduan dari 4 khalifah yang juga sahabat Nabi Muhammad SAW.
bila para jemaah sudah jelas tentang corak kepimpinan yang diajarkan oleh Islam,maka tauliah mereka yang mengajar tadi pun ditarik..
dan tidak dapatlah mereka untuk mengajar lagi...
Nabi muhammad adalah seorang lelaki, Rasul Allah, Ketua Kegara, baginda merancang peperangan, mentadbir, dan memberikan ceramah agama di masjid... 

adakah Nabi pernah mengasingkan sesuatu itu dari agama..?
kalau ikut cara UMNO..
ulama' adalah Ulama' sahaja...
ahli politik adalah ahli politik sahaja..

kedua-dua sifat itu dipisahkan oleh UMNO dan kita yang jahil ni pula menerimanya seolah-olah itulah yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad SAW..


kesian Islam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive