Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 September 2011

PARTI GERAKAN BANTAH ALI RUSTAM


Parti Gerakan sekarang ni dah jadi macam Kak Mah le pulak..
Kalau Kak Mah tu orang kata dia liabiliti kepada Najib,
maka dalam kes "parti gerakan"  ni pulak,dilihat sebagai liabiliti kepada BN..
Ali Rustam baru-baru ni pun, tidak mahu Parti Gerakan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kawasan Bachang..
memang selamba je Ali Rustam ni menyakitkan hati Tsu Koon ,Presiden Parti gerakan.

Ali Rustam mahu UMNO bertanding di Dun tersebut...

Namun,Tsu Koon membantah cadangan Ali Rustam tu dengan berkata, "Parti gerakan akan terus bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Bachang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang"

Beliau berkata lagi, "walau pun kerusi itu dimenangi DAP pada PRU 2008, Gerakan telah membuat persiapan rapi bagi merampas kembali kerusi itu yang diperuntukan kepada parti itu oleh Barisan Nasional (BN) sejak 1995".



Nampak sangat Parti Gerakan ni dah tidak lagi dihormati di dalam BN lebih-lebih lagi apabila Parti Gerakan telah berjaya menghilangkan penguasaan BN ke atas Pulau Pinang apabila tewas pada PRU 12 yang lalu.. 

eloknya presiden gerakan ni letak jawatan jer.. sebab dah banyak sangat BN ni malu disebabkan gerakan,itu belum lagi cerita pasal Gerakan Pulau Pinang yang mahukan reformasi di dalam kepimpinan tinggi Gerakan.

Aku kadang-kadang kesian tengok Tsu Koon ni.. 
orang dok bantai dia kiri dan kanan,luar dan dalam...
nak tak nak terpaksalah dia mempertahankan diri sendiri dan juga parti dia tu.. 

aku kesian tengok, bila dalam sesetengah kes,dia terpaksa kehadapan sengsorang,tanpa ada "back up"..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive