Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 26 September 2011

NIK AZIZ MINTA NAJIB TARIK BALIK SURAT LARANGAN DARI ZAMAN MAHATHIR


Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad yang dianggap mukjizat terbesar umat terakhir dan juga bagi sekalian Nabi... 

Al Quran mengandungi segala macam perkara yang diperlukan didunia ini dan juga akhirat..
Allah menciptakan manusia ini dengan peraturannya sekali..

hudud juga termasuk didalam hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah..
Allah Maha Mengetahui sifat manusia ini suka melakukan kerosakan,dan Allah turunkan manusia dengan peraturan-peraturannya sekali..

Namun undang-undang yang diciptakan oleh Allah ini dipandang sepi oleh pemerintah pada zaman ini..
pemerintah di Malaysia juga tidak ketinggalan mengenepikan hudud ini..
BN menganggap bahawa undang-undang tinggalan British dan juga undang-undang ciptaan manusia kini lebih baik daripada hudud...

malah, pemerintah yang kita ada sekarang ini dengan selamba sahaja menghina undang-undang ciptaan Allah ini..
seolah mereka ini sangat pasti yang mereka ini tidak akan kembali kepada Allah..

kita telah beri ruang dan peluang kepada UMNO selama 54 tahun untuk mengusulkan sesuatu bagi melaksanakan hukum Allah ini,namun nampaknya selama 54 tahun ini UMNO tidak pernah berhasrat mahu melakukan apa-apa gerak kerja bagi menjayakan penguatkuasaan hudud ini...

Selama ini PAS tidak pernah memadamkan hasrat mereka untuk melihat hudud dijalankan di negara ini walaupun mendapat tentangan keras dari UMNO dan BN..
Beranikah Najib menarik balik larangan yang dibuat dizaman Mahathir dulu..?

beranikah UMNO melawan MCA dan Gerakan didalam menangani isu hudud ini..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive