Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 September 2011

MERDEKA TAPI MASIH DARURAT!!


Pengisytiharan Merdeka
Kita telah merdeka selama 54 tahun.. kita katakan kita Merdeka...

yup! merdeka dari penjajahan fizikal dari Brtitish dan Jepun..
Namun jiwa kita dan minda kita serta undang-undang kita masih tidak banyak berubah semasa penjajahan British..

pemeriksaan oleh polis British semasa darurat
memang ada perubahan,tetapi masih banyak lagi yang kita ambil dari undang-undang British..

malah kita juga masih belum menarik balik mana-mana undang-undang darurat yang pernah diisytiharkan dalam sejarah negara kita sejak dulu lagi...

dulu darurat bertujuan untuk mengawal kegiatan politik yang berhaluan kiri,atau mudah cakap,mengawal parti yang jadi pembangkang kepada kerajaan,kalau masa zaman 1948 dulu British mengisytiharkan darurat untuk menghentikan pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM).

pada waktu itu Parti Komunis Malaya (PKM) memberontak kerana pihak British telah meminggirkan Parti itu.

pemimpin-pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM) itu tidak berpuashati kerana British telah melupakan jasa mereka semasa penentangan terhadap penjajahan Jepun... 

sejarah,pembunuhan 3 pengurus ladang Inggeris
ketidakpuasan ini telah menyebabkan tiga orang pengurus ladang Inggeris di Sungai siput ,Perak dibunuh pada 16 Jun 1948,sebulan  selepas insiden pembunuhan itu Parti Komunis Malaya (PKM) telah diharamkan.


Itu dulu,tapi apa rasionalnya darurat sekarang ni yang masih belum ditarik balik tu..?
kenapa kita perlu mengekalkan darurat tu..? kalau benar-benar merdeka,tarik balik le pengisytiharan darurat tu..

dan jikalah ada nanti pergerakan pengganas kat malaysia ni,buatlah pengisytiharan baru... kenapa masih nak biarkan negara kita dalam keadaan perintah darurat SELAMA-LAMANYA..?

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ,
"Kerajaan berpandangan Ordinan Darurat didapati perlu untuk memperteguh usaha ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam demi menghadapi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi negara dan perpaduan rakyat... 

soalnya sekarang adakah masih perlu kita mengekalkan perintah darurat yang tidak pernah ditarik sejak tahun 1948 yang dilakukan oleh British semasa mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM).?

Apabila perintah darurat diisytiharkan ianya bermaksud,

1.    Seseorang boleh ditahan tanpa bicara atau (ISA) dan boleh dibuang daerah tanpa mendapatkan pembelaan yang adil.

2.    ORDINAN (KUASA-KUASA PERLU) DARURAT, 1969 (Ordinan 1 dan Ordinan 2) PERATURAN (PELUPUSAN MAYAT DAN INKUES & PENYIASATAN KEMATIAN) KUASA-KUASA PERLU, 1969,  3(b) menyatakan:  

“dalam siasatan kematian atau inkues terhadap mayat yang mana telah diputuskan bahawa mayat  tersebut telah dibunuh dalam operasi bagi tujuan menghalang kekacauan ,  Magistret atau Koroner, dalam kes demikian, tidak perlu mengadakan siasatan kematian atau inkues terhadap mayat berkenaan.” 

katakanlah macam ni,kalau korang ditembak semasa nak beli "apam balik" yang kebetulan pada masa tu ada geng "Patriot" tengah buat kacau,maka kematian korang tak akan di siasat sekiranya korang dianggap sebagai "pengacau ketenteraman awam" .. 
naya je ler kalau korang kena macam tu.. sebab pada waktu tu tindakan polis dah tak boleh dipersoalkan..
 

3. PERATURAN (SURAT KHABAR DAN PENERBITAN LAIN) KUASA-KUASA PERLU, 1969.menyatakan bahawa,Menteri Dalam Negeri boleh mengharamkan apa-apa bahan bercetak  yang dianggap merbahaya kepada kepentingan awam. Juga berhak membuka semua apa-apa bahan yang dihantar secara pos, membaca semua telegram, artikel dan bahan bercetak dan menahan kesemua bahan tersebut.

4. PERATURAN (LARANGAN AKTIVITI BERKAIT PILIHANRAYA) KUASA-KUASA PERLU, 1969, pilihanraya boleh digantung, dimana ketika penggantungan, regulation 2 menyatakan: “Walaupun apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, selama mana pilihanraya digantung, semua aktiviti berkait dengan  pilihanraya adalah dilarang.”




Dalam sejarah negara kita ,darurat telah diisytiharkan sebanyak 5 kali:

  1. Tahun 1948 ketika pemberontakan komunis.
  2. Tahun 1964 ketika  Konfrantasi Indonesia.
  3. Tahun 1966. Di Sarawak sahaja, krisis pemecatan Ketua Menteri Stephen Kalong Ningkan.
  4. Tahun 1969. Krisis 13 Mei. 
  5. Tahun 1977,Di Kelantan sahaja, untuk menyelesaikan krisis politik. sumber.

Dan apa yang malang bagi negara kita yang merdeka ini adalah kesemua perintah darurat ini tidak pernah ditarik balik..
maknanya,kalau kerajaan nak tahan korang di bawah ISA,maka korang kena duduk bawah ISA le jawabnya,

kalau korang keluarkan cetakan yang dianggap oleh kerajaan sebagai membahayakan karier politik dorang,maka dorang boleh menangkap korang dan campakkan ke dalam ISA.

bagi aku,kita belum capai tahap merdeka sepenuhnya,selagi pemerintah masih lagi nak mempertahankan undang-undang lapok ni..

3 comments:

  1. darurat ke 2 menentang komunis x expose pula yer..

    ReplyDelete
  2. dh tahu darurat pergi keluar buat apa.
    macam la x makan apam balik ley mati

    ReplyDelete
  3. .....dan selepas 'MERDEKA' kononnya.......apakah majoriti Melayu sekarang berpegang dengan ADDEEN [iman/islam/ihsan/qiamat/alamatul qiamah] ...............dan APAKAH MEREKA menolak DEMOKRASI BARAT/RIBA[semua bank dibawah bank dunia yahudi]/SEKULAR [sistem pendidikan dn pentadbiran]...yg menjadi gagasan bukan Islam / kafir penjajah ? ............................ATAU MAJORITI MELAYU ADALAH PENGIKUT TEGAR GAGASAN PENJAJAH DAN MENJADIKAN ISLAM BUKAN SEBAGAI ADDEEN TETAPI HANYA TEMPELAN/IKLAN MEMANCING SIMPATI/UNDI YG LEBIH BERSIFAT MUNAFIQ ?

    https://www.facebook.com/pages/Ulama-SUU-WAL-Fitnah/226533224076205

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive