Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 September 2011

MAT INDERA, TOK JANGGUT,ENCIK LATTIF,UMNO DAN BRITISH


makin panas lak Media UMNO dan blogger upahan UMNO memainkan isu ceramah Mat Sabu tu.. macam beruk dapat bunga lak aku tengok.... 
ntah berapa lama lah agaknya dorang nak mainkan isu ceramah ni...

yang aku pelik tu,isu surau "Al Musyrikin" yang TV3 reka-reka tu,idak pulak dorang nak ulang siar balik... ulanglah balik protes Surau "Al Musyrikin".. aku nak tengok... 

Lagipun NGO, Jingga 13 dah pun buat report polis terhadap TV3... biasanya kalau TV3 dapat isu nak memurtadkan orang yang berlaku dalam negeri Selangor,TV3 tak cukup kalau sejam nak mainkan isu tu berulang kali...
ulang siar ler..nape senyap jer..?
tahu dia salah,tau pulak dia diam yer...

tapi kali ni aku bukan nak sembang pasal surau tu.. pasal aku tengok TV3 dok senyap jer... tak tau le kot-kot dorang tengah kelam kabut bina surau tu kerana nak menunjukkan surau tu benar-benar wujud...

kali ni aku nak kongsikan 4 keping gambar dan kisah Tok janggut ni..
bagi aku,Tok janggut ni melawan British... 
bagi aku juga,dia ni adalah pejuang yang menentang British.. 
Tok janggut ni tak puas hati dengan cara British pasal isu cukai... 
cukai tersebut adalah :-
  1. cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, 
  2. pokok buah-buahan 3 sen setahun, 
  3. kelapa 3 sen setandan dan 
  4. sireh 5 sen sejunjung.
kalau korang bagitahu kat orang UMNO bahawa antara sebab Tok Janggut tu marah adalah kerana 4 jenis cukai ni, mesti orang UMNO akan kata,

"alah... itu pun nak memberontak ker..? bayar je lah... tak nak bayar,keluar dari tanah melayu..."

huh,ayat last suruh keluar negara tu memang tak boleh lekang punya dari mulut orang UMNO ni...

korang percaya tak, jikalah UMNO dah wujud pada waktu tu,mesti sejarah negara kita tentang Tok Janggut ni akan berubah "versi" punya,mesti Tok Janggut ni akan dianggap sebagai pengganas berani mati punya ni...

sebab yang Tok Janggut lawan tu undang-undang British,tetapi yang jadi talibarut British yang pergi kutip cukai tu adalah orang melayu.. bukan orang British,namanya Encik Latiff,dia ni adalah pegawai British yang dengan bergaya dan selambanye mengutip cukai dari orang kampung...



maka, marah lah Tok Janggut dengan peraturan baru yang dilaksanakan di Kelantan oleh Penjajah British..
dalam penentangan tersebut,Tok Janggut telah membunuh seorang anggota polis semasa pasukan Polis tu  (kalau sekarang ni PDRM ler) datang menemui Tok janggut atas aduan Encik Lattif tadi.. 

pegawai polis yang terbunuh tu namanya Sarjan Che Wan, orang melayu jugak ni... bukan orang nepal atau bangla..

(Tok janggut bunuh polis British berbangsa melayu..??? kenapa pulak dia ni di anggap pejuang oleh sejarah negara kita..?

Mat Indera telah bunuh polis berbangsa melayu dalam tragedi bukit kepong..?? kenapa pulak dia ni dianggap pengganas..? sama je kan..?)


di pendekkan cerita Tok Janggut tadi,
penentangan ni telah membuatkan British marah dan mengarahkan pemburuan Tok Janggut yang mana akhirnya Tok Janggut telah meninggal dunia dalam pertempuran tersebut..

tidak seperti mat Indera,Tok Janggut telah di sanjung oleh sejarah negara... dan orang melayu berbangga dengan Tok Janggut kerana berani melawan British ketika melayu lain ikut je telunjuk British...
nampak tak kenyataan yang diabadikan di kubur Tok janggut ni.. tapi Mat Indera tak dapat semua ni tau.. sebab masa Mat Indera melawan penjajah, UMNO lah yang jadi macam Encik Lattif tu tadi, dan Encik Lattif versi baru ni masih hidup dan berkuasa sehingga kini..
dalam batu peringatan ni British di abadikan sebagai penjajah.. tapi pada tahun 1950 pada waktu Mat indera menentang British,British diagung-agungkan pulak....
Beza kapada kedua-dua kisah ni adalah,pada zaman Tok janggut, UMNO tak wujud lagi,jadi Encik Lattif tu tak ada parti lagi,dan tugas Sarjan Che Wan yang terbunuh tadi tu tak ubah macam polis yang kerja dengan British di balai Bukit Kepong..

manakala pada tahun 1950 pula(belum merdeka),masa Mat Indera menentang British,pada waktu tu UMNO ni dah diwujudkan dan menjadi pengikut yang patuh kepada British,tugasnya..? sama macam Encik Lattif tadi lah...

kah..kah..kah..

7 comments:

  1. Ape la bengap ko ni, komunis dgn pejuang melayu pun ko takleh bezakan, takkan la tak tau fahaman komunis yg anti agama tu? Apa la dangkal nye ko nye otak, ada perbezaan antara komunis dgn pejuang bangsa yg lain, fahaman lain, idealogi lain, objektif lain. Mana boleh disamakan semua tu....teruk btol masyarakat zaman skang ne, dah tak reti membezakan

    ReplyDelete
  2. ko faham ke tak... dua-dua kes ni berlaku semasa british memerintah... buakan selepas merdeka.. ko tahu ke Mat Indera tu tinggi agamanya... kenapa dia berjuang,kenapa dia terpaksa bergabung dengan bintang 3, ko kena kaji semua tu... itulah pasal nya dalam ceramah mat sabu tu,mat sabu tak sebut pasal komunis pun.. mat sabu cuma nak menyatakan pejuang yang menentang British macam Mat indera tu di nafikan oleh kerajaan.. ko baca kisah shamsiah fakeh dan yang lain-lain... dorang bangkit menentang british bukan pasal nak bunuh penduduk tanah melayu... kaji dulu bro,tau le ko orang UMNO, tapi jangan cepat melatah sangat...

    ReplyDelete
  3. mabruk alaik. to all UMNO jgn ditipu sejarah.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Adakah anda kaji sejarah sebelum menulis ataupun anda telah hidup pada masa itu? Peristiwa perjuangan Allahyarham Tok Janggut dan Bukit Kepong adalah satu kejadian yang berbeza. Tok Janggut menentang British secara langsung bagi kelangsungan Islam. Tetapi kejadian di Bukit Kepong berlaku setelah Jepun menyerah diri dan British kembali berkuasa. Terdapat jangkamasa 14 hari sela pada masa itu di mana Bintang Tiga memerintah di mana mereka menghukum majoriti orang Melayu kebanyakkan diseksa dan dibunuh atas dasar orang Melayu adalah tali barut Jepun. Sayu, Orang Melayu yang mendiami Tanah Melayu dibunuh oleh imigran...ingat pada masa itu belum ada prinsip jus soli maklumlah belum merdeka. Jadi orang Melayu atas prinsip tuan rumah yang lemah terpaksa melindungi diri mereka tetapi dengan apa? terpaksalah berkerjasama dengan British demi mempertahankan diri dan kelangsungan hidup. Nak berkerjasama dengan syaitan mungkin orang Melayu belum pandai lagi maklumlah sebelum merdeka. Jadi persoalan dia, mana yang lebih utama berkerjasama dengan British melindungi orang Melayu dan beragama Islam seperti anda atau berkerjasama dengan imigran mungkin beragama menyembah berhala atau tiada agama langsung menyerang bangsa seagama dengan anda. Saya serahkan kepada anda untuk anda berfikir. Saya ingatkan anda dan diri saya sendiri Al-quran itu bukan hanya untuk dibaca tapi untuk difahami. Jadilah orang Islam yang adil dan sentiasa berada di jalan yang lurus. Wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu reply yang baik tuan, bodoh punya blogger!

      Delete
  5. Al FATIHAN....dok gebak gedebuk menyebut nama arwah sampai lupa nak sedekah al fatihah ya..herm..dalam sejarah perjuangan utk agama n tanah air pun di politikkan juga ker...dah jadi arwah dah..hormatilah arwah..jgn mencampur adukkan politik skang dgn perjuangan politik skang. Tak de yg sanggup ikut jejak TOK JANGGUT..semua ikut jadi pak turut adalah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive