Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 September 2011

KERAJAAN TAK PERNAH BAGI PENCEN KEPADA BALU BUKIT KEPONG?


kerajaan tidak pernah beri pencen kepada balu pegawai polis yang yang berkhidmat di balai Polis Bukit Kepong..?
macam tak percaya kan... 

ye lah,dalam seminggu lepas,kerajaan UMNO mempromosikan "gila-gila" kepada rakyat bahawa mereka ni benar-benar memperjuangkan dan mengagungkan pejuang-pejuang tanahair...
rupanya dakwaan mereka tu hanyalah dakwaan publisiti politik murahan jer...

ini di akui oleh Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong (suami beliau berkhidmat di sana selepas insiden "Bukit Kepong")

Sharifah Aminah berkata  beliau tidak pernah menerima pencen dari kerajaan walaupun suami beliau meninggal dunia semasa masih lagi berkhidmat sebagai anggota Polis.

Katanya lagi , beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai...

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. 

Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan,” kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

macam mana ni...?
UMNO kata mereka ni menghargai jasa insan yang berjuang untuk ketenteraman negara... tapi apa dah jadi ni..?

dah lah Mat Indera tak di iktiraf...
pegawai Polis pun kerajaan tak iktiraf jugak ker...?

sumber.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive