Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 September 2011

KELAB PUTERA 1 MALAYSIA PERLU MATANG DAN BERTANGGUNGJAWAB


Kisah terkorbannya jurukamera Bernama TV tu amat menyedihkan kita..
itu semua adalah kehendak Illahi.. kita tak boleh nak buat apa dah..
semua dah takdir..

Namun dalam kehidupan kita ni kita perlu ada usaha bagi sesuatu itu dan kemudian barulah kita bertawakal dan berserah kepada Allah.. namun, jika sudah kehendak Illahi begitu maka siapa kita nak menghalangnya..?

aku nak menekankan tentang apa usaha Kelab Putera 1 malaysia dalam bab Keselamatan para peserta..?
betul,kematian tidak boleh dielakkan..aku rasa semua faham sangat tu..

tetapi kenapa tak ada usaha dari Kelab Putera tu untuk menyediakan tahap keselamatan yang maksimum ketika mereka berada disana..?
salah seorang peserta iaitu Mary Francis, pakar psikologi berkata “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”..

macam mana pulak boleh tidak disediakan jaket kalis peluru ketika berada dalam misi di sebuah negara yang sememangnya diketahui bergolak..?
bagi aku,Kelab Putera ni perlulah matang dan bertanggungjawab dengan insiden ni..
Takdir adalah takdir,dan ianya tetap begitu..  namun tanggungjawab bagi usaha dalam mengelakkan sesuatu yang tidak diingini dari berlaku perlulah diambil tanggungjawab itu oleh pihak penganjur...

nak tau lak Najib kata apa...? kelab ni kan ke UMNO yang punya,Jadi najib mesti back up punya...

Najib kata “Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus,” najib kata macam tu  pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini hari ini selepas menerima jenazah. masalahnya sewaktu kejadian tu berlaku adakah langkah keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan telah diambil..?

lepas tu Najib kata pulak,
“Sebagaimana saya katakan, tidak sesiapa yang boleh jamin apa-apa. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko, maka duduk di rumah,” kata beliau.
Ketika ditanya sama ada penganjur Kelab Putera 1 Malaysia seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, Najib berkata, soalan itu tidak timbul dan "sangat tidak sensitif, yang saya tidak akan jawab.”

ada ke dia jawab macam tu..?
aku rasa mungkin juga Najib jawab macam tu kerana nak membalas kenyataan saudara-saudara Allahyarham Noramfaizul yang menyalahkan kelab Putera kerana tidak menitik beratkan keselamatan para peserta semasa berada di Mogadishu..

jangan le bagi jawapan "POLITIK" dalam hal-hal kematian yang macam ni...
bagilah jawapan-jawapan sebagai seorang Perdana Menteri kepada keluarga Allahyarham tu..

apa dar ko ni najib...!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive