Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 22 September 2011

JINGGA 13 MEMBUAT LAPORAN POLIS,UMNO BERI KERAKYATAN KEPADA RIBUAN WARGA ASING


Pada hari ini,Jingga 13 telah membuat satu laporan polis berkenaan isu pemberian kerakyatan dan juga hak mengundi kepada warga asing..

Ramai rakyat Malaysia,terutama yang menjadi pembaca utama Utusan dan juga penonton setia TV3 tidak menyedari bahawa rupa-rupanya pemberian taraf kerakyatan Malaysia kepada warga asing ini telah lama berlaku..

Sebuah stesyen TV terkemuka Indonesia (SCTV) telah menyiarkan satu laporan berita di dalam laman web mereka  pada 25 Ogos 2005,yang mengatakan bahawa UMNO telah memberikan ribuan nelayan Bugis dari Indonesia taraf kerakyatan dan juga hak untuk mengundi di negara kita ini..

Mungkin juga kita tidak tahu dan mungkin juga kita tidak mahu tahu kerana ianya adalah sesuatu yang akan memburukkan kerajaan BN di mata rakyat..

namun, kesalahan seperti ini tidak patut disembunyikan oleh kerajaan negara kita..
kerana ini adalah diibaratkan menjual dan menggadai maruah negara dan sekaligus membahayakan keselamatan negara...

siapakah petualang negara kita yang sebenarnya..? 
mari kita lihat sedikit fakta berkenaan dengan perkara tersebut..
bukti umno pengkhianat negara

Berbagai pendedahan telah dilakukan terhadap pemberian taraf warganegara kepada warga asing ini..
sehubungan dengan itu NGO Jingga 13 telah membuat satu laporan polis agar isu yang membahayakan keselamatan negara seperti ini tidak dipandang remeh hanya kerana mahu memastikan parti pemerintah iaitu UMNO terus berkuasa...

UMNO terus berkuasa,pemimpin terus makan rasuah... keselamatan negara terus diancam...

laporan polis yang dibuat oleh NGO Jingga 13..

harap-harap polis menyiasat isu ini,kerana ini adalah isu yang sangat-sangat merbahaya...
ini soal kedaulatan negara yang kita sedang bicarakan ini..
adakah kerakyatan negara kita ini terlalu murah dan tiada harga..!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive