Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 8 September 2011

HARUSSANI BIMBANG ISU MURTAD,JAKIM BIMBANG ISU KEK LAPIS!


Harussani,memang dikenali antara mufti yang sering menimbulkan isu murtad dalam negara kita ini..
beliau dari dulu hingga sekarang sentiasa memanaskan isu murtad yang dipandang sepi oleh kerajaan negara kita..
dalam bab ini kita harus memberikan pengiktirafan atas usaha-usaha beliau itu...

namun, walaupun bercakap atas kapasiti seorang mufti.. suara beliau seolah-olah tidak kedengaran di putrajaya..

dalam hal membawa isu murtad ini...
suara beliau dengan kita semua adalah sama.. 
kerajaan tetap tidak mahu memberi perhatian..

baru-baru ini Harussani telah mendesak agar kerajaan segera mewujudkan akta murtad dan bertindak tegas terhadap gerakan-gerakan untuk memurtadkan penganut agama Islam..

petikan dari kenyataan beliau dalam perak news
Namun.. pandangan.. hanya tinggal pandangan..
desakan hanya tinggal desakan..
tiada usaha untuk mewujudkan akta ini dalam mana-mana pentadbiran pemerintah negara kita ini
jika isu murtad ini pun kita boleh 'rileks" sahaja,apa akan jadi pada anak bangsa kita nanti...


pada tahun 2008,dalam satu ceramah Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah yang turut disiarkan pada siri ceramah agama RTM..

Mufti perak ini mendakwa bahawa hampir 250,000 orang yang murtad di negara kita ini.. 
bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

serius..?
yuuppp! sangat serius..
menteri agama kata apa..?
menteri agama si Jamil Khir tu kata tak ada seorang pun orang islam yang mahkamah syariah dah isytiharkan murtad...

adakah Jamil Khir ini mahu mengatakan murtad ni hanya boleh dikira murtad apabila mahkamah syariah mengesahkan kemurtadan tersebut?

setahu aku  ler.. 
kalau umum masuk kristian,murtad le tu..
kalau sembah berhala,kira  murtad ler...
keluar dari islam tanpa mana-mana pengisytiharan mahkamah didunia ni pun dah tetap dikira murtad le tu...

kelulusan mana Jamil Khir ni... adakah dari kelulusan surau Al Musyrikin..?

dalam kebimbangan Harussani ini...
JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pengusaha kek lapis dilarang menggunakan surat dari JAKIM" harian metro.
 

kalau di tanya kepada JAKIM,
kenapa ulas isu kek lapis sahaja?
JAKIM akan berkata " kami tiada kuasa dalam isu murtad dan akidah umat Islam" baca sini dan sini
kami hanya mampu jawab isu kek lapis sahaja...

kek lapis pun kek lapis ler...
jadi aku harap,JAKIM dan Jamil Khir lepas ni tolonglah anggap isu murtad ini seserius isu "kek lapis"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive