Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 16 September 2011

HAPUS ISA,KITA WAJIB SOKONG BN..?


Seperti yang sudah diketahui oleh semua,Najib dalam menyampaikan perutusan kemerdekaan pada 15 September telah melakukan pengumuman memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri..
sejarah perjuangan mansuh ISA..


perjuangan memansuhkan ISA ini adalah satu perjuangan yang sudah terlalu lama diperjuangkan oleh rakyat jelata,..
bukan baru setahun dua..
dalam kes ini hanya ada satu alasan dan satu persoalan sahaja..

Alasan yang satu itu adalah :-  
Najib mahu memenangi hati rakyat jelata...

oleh kerana rakyat termasuk pemimpin Pakatan Rakyat telah lama memperjuangkan pemansuhan ISA ini,

jadi sudah tentulah Najib beranggapan dengan memenuhi tuntutan rakyat,beliau akan disukai oleh rakyat..


Persoalan yang satu itu pula adalah :-  
Kenapa sekarang?

pelbagai kaji selidik,analisis politik dan sebagainya.. 
semuanya menunjukkan BN berada dalam keadaan paling kritikal sepanjang sejarahnya..

petunjuk bahawa Pakatan rakyat akan memenangi PRU13 bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh Najib,sudah tentulah dia tidak mahu di "cap" sebagai PM yang telah menyebabkan BN kehilangan kuasa pentadbiran negara kita ini..


maka Najib perlu melakukan sesuatu yang besar..
yang selalu dibicarakan oleh rakyat sejak dulu kala lagi..
iaitu ISA...


namun apa yang Najib silap adalah,ISA hanyalah satu isu dari beratus-ratus isu bicara rakyat,ISA bukanlah permasalahan secara total dalam pemikiran rakyat..


rakyat kini berdepan dengan KOS HIDUP yang tinggi..
sana sini kena cukai..
semuanya mahu dibebani ke bahu rakyat, ke bahu pemandu teksi,peniaga,pesawah dan juga pekerja kilang..


isu tekanan hidup yang diakibatkan oleh peningkatan kos adalah masalah rakyat yang paling besar kini.. 
rakyat semakin ditekan..
Rosmah pula semakin galak membelanjakan duit rakyat..

GST pulak akan dilaksanakan selepas PRU13 nanti..
Cukai pra bayar 6% pun akan dilaksanakan selepas PRU13 [rujuk sini]
tarif letrik pulak kemungkinan akan dikaji semula pada bulan December nanti...

jadi aku tak nampak dimana ruang yang mengatakan aku patut undi BN dengan kesudian Najib menghapuskan ISA ini..


yer aku ucapkan terima kasih kerana mansuhkan ISA..
tetapi aku masih lagi menunggu pindaan akta bagi menggantikan pemansuhan ini..


kita kena tengok dulu akta yang baru tu..
silap-silap sama jer dengan ISA,cuma nama jer lain..
pengumuman sekarang ni hanya untuk keuntungan PRU13 jer..

sekali lagi Najib "menciplak" Janji-jani buku jingga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive