Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 September 2011

BRITISH, PEJUANG SEBENAR TANAH MELAYU?


British pejuang tanah melayu dan hero sebenar orang melayu...
ini dibuktikan oleh sejarah yang dibawakan oleh UMNO..
UMNO menganggap orang yang menentang british tu sebagai Pengganas!! 
 
Kalau yang menentang British dianggap pengkhianat kepada negara maka eloklah kita andaikan Pegawai British tu sebagai Negarawan Ulung Negara..

korang nak marah aku kerana melabelkan British tu Negarawan Ulung Negara..?
habis aku nak buat macam mana..?
sebab bila orang bangun menentang British tu korang anggap sebagai pengganas dan pengkhianat..
jadi aku nak kata apa lagi..?

kita ni dari dulu lagi dah didendangkan dengan "wayang lama" yang mengatakan British tu adalah baik,dan memperjuangkan tanah melayu...
british melepaskan penjajahan jepun ditanah melayu dengan menjajah kita pulak.. kita kagum sangat dengan British,hinggakan British punggah hasil negara kita pun,kita kata tak apa...

Cara perang mat salleh ni sama je dari dulu sampailah sekarang.. mereka ni memang bijak dalam menuturkan kata-kata,orang mudah terima apa yang mereka katakan itu... sebab tu lah gamaknya anak gadis melayu ramai rebah di katil mat salleh ni... 
tah aku tak tahu... mungkin sebab "power" kot..

macam di Iraq,Amerika kata nak bebaskan Iraq dari pemerintahan diktator Saddam Hussien,maka Amerika pun seranglah Iraq dan menjajah Iraq,lepas tu berduyun-duyun lah syarikat-syarikat besar Amerika memunggah hasil kekayaan iraq.. 
sama je stylenya,cuma berbeza watak jer..

rakyat Iraq macam kitalah juga pada mulanya..
mereka suka bila tahu Amerika datang nak serang negara mereka,samalah juga dengan kita yang suka bila tahu British nak serang Jepun dan menjajah balik tanah melayu kita... 

Rakyat Iraq memang suka amerika datang menjajah,bangga dan gembira pada awalnya, tapi bila Amerika dah mula tunjukkkan belang mereka,semuanya Amerika nak kawal, anak gadis Iraq di rogol beramai-ramai,barulah rakyat Iraq buka mata...

Cuma rakyat Iraq ni bijak sikit dari melayu..
mereka mahukan Amerika tumbangkan rejim Saddam,tapi mereka tak mahu Amerika jadi tuan dalam negara mereka...
sekarang ni gerila-gerila Iraq yang menyerang tentera Amerika di Iraq akan dianggap pejuang negara dalam mempertahankan tanahair mereka..

tapi korang jangan ingat kalau insiden tu berlaku kat negara kita,gerila tu akan dianggap pejuang tanahair  lak... 
versi Melayu ni berbeza sikit... 
lenggok punggungnya lain macam sikit...

kalaulah gerila-gerila Iraq tu berada di tanah melayu,pastinya tindakan mereka yang menyerang pos-pos kawalan dan konvoi tentera Amerika akan dianggap sebagai "pengganas"!

sama je dalam kes Mat Indera tu... 
dia melayu...tinggi ilmu agamanya,tetapi di sebabkan dia ingin bangkit menentang British yang menjajah negara dia ni,maka dia terpaksa memilih jalan "hutan".. 
dan apabila dia serang balai polis yang berada dibawah penguasaan British,dia dianggap sebagai pengganas pulak...

Mat Indera ni, dilaporkan banyak kali juga telah menyelamatkan anggota polis yang cedera dari terus dibunuh oleh anggota PKM yang dah "naik gila" tapi dia tak le dapat laporan dari berita TV3 tentang kisah tersebut..

kalaulah  Mat Kilau,Tok janggut dan lain-lain pejuang melayu dulu dengar "label pengganas" dikenakan oleh kerajaan UMNO ke atas orang-orang yang menyerang British ni,mau mereka pun pening kepala...

mesti dorang akan cakap..
" aik,aku serang penjajah british,aku lak dikatakan pengganas,aku yang jajah tanah melayu ke atau pun British ni..?"

kira-kira mungkin macam tu lah kot yang dorang akan fikirkan..


kalau orang yang berjuang menentang British dianggap sebagai pengganas dan pengkhianat,maka kita perlu katakan british tu adalah pemilik Negara ini...

tapi kalau kita anggap British tu adalah penjajah (orang yang bodoh jer anggap British bukan penjajah),
maka orang yang menentang british tu kita perlu anggap sebagai pejuang tanah melayu...

fakta.. tetap fakta,kita tak boleh ubah sejarah yang sudah terpahat!

sekali lagi aku tegaskan...
aku bukan penyokong Komunis!!
bagi aku selepas kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957,penentangan terhadap kerajaan secara bersenjata TIDAK LAGI RELEVAN!!!

namun semua penentangan terhadap British PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA, akan aku anggap sebagai memperjuangkan tanahair dan mereka lakukan kerana mahu bebaskan negara dari episod penjajahan.. 
persepsi kita telah diubah oleh sejarah yang telah disembunyikan..

jangan telan sahaja apa yang UMNO mahu kita telan...
dulu-dulu pun, buku teks sekolah kebangsaan negara kita ada pelajaran yang menunjukkan manusia ni datang dari asal usul keturunan monyet...
tu Negarawan Ulung British punya kerja le tu...
kah..kah..kah..

7 comments:

  1. korang tengok dulu video askar amerika rogol awek iraq beramai-ramai tu dulu...

    ReplyDelete
  2. Pada saya orang Melayu pandai sikit dari org Iraq gunakan British untuk tumbangkan Jepun kemudian minta merdeka dari british baik baik x de perang pun. yang komunis ni pengambil kesempatan masa peralihan kuasa kita tahu macam mana kejamnya komunis ni, klau ada yg baik pun arus yg di tujunya tetap salah.Iklas ke perjuangannya menentang penjajah atau dah seronok mengangkat diri sendiri jadi pemerintah selama 14 hari tu. Pasal British pulak kalau dah penjajah tu mana ada yang baik mestilah di tentang cuma caranya cam ne? pemimpin dulu dah tunjukkan, MERDEKA pun...ye la kalau nak kupil kudis ni kena buang sikit sikit dulu kalau main sentap je bila nak baik kudisnya.Saya rasa ramai juga yang tahu kerana komunis juga British mengambil kesempatan mengharam perjuangan haluan kiri yang lain yg saya rasa lebih iklas dari komunis.tapi pejuang kemerdekaan dulu perlu memikirkan perubahan kepada rakyat dari tidak selesa kepada selesa dan lebih selesa.kita patut faham yg mana jahat,yg mana salah,yg mana berbeza pendapat dan yang penting kenyataan orang jgn banyak di kalau kalaukan.Kita ni kalau nak cerita jgn banyak sgt belok beloknya pening orang mendengornya,

    ReplyDelete
  3. Tahu tak semua yang pertubuhan komunis pertama yang telah menjejakkan kaki mereka di dalam negara kita (Malaya di waktu itu) sebelum adanya Parti Komunis Malaya ialah 'Provisional Commission of the Communist Party of China'? Ianya adalah sebahagian daripada the 'Greater China Plan' yang meliputi semua negara-negara di Indo-China termasuk Indonesia dan Filipina.

    Jika hasrat itu berjaya di lakukan, maka kemanakah perginya orang-orang Melayu?

    Besar kemungkinan orang-orang Melayu akan di sisihkan dan mereka (komunis) akan melakukan satu 'ethnic cleansing' ke atas orang-orang Melayu/Islam seperti apa yang di lakukan terhadap orang-orang Islam di Bosnia Herzegovina. Orang-orang Melayu akan menjadi satu bangsa tanpa negara!

    Jadi, bersykurlah dengan apa yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  4. Cuma rakyat Iraq ni bijak sikit dari melayu..
    mereka mahukan Amerika tumbangkan rejim Saddam,tapi mereka tak mahu Amerika jadi tuan dalam negara mereka...
    sekarang ni gerila-gerila Iraq yang menyerang tentera Amerika di Iraq akan dianggap pejuang negara dalam mempertahankan tanahair mereka..
    bandingkan dengan
    Pada saya orang Melayu pandai sikit dari org Iraq gunakan British untuk tumbangkan Jepun kemudian minta merdeka dari british baik baik x de perang pun.
    Cari jawapan yg mana lebih pandai???

    ReplyDelete
  5. Contoh org melayu yg tahu bersyukur... Kasihan, kebebalan minda menyebabkan mereka mengagungkan komunis...

    ReplyDelete
  6. hak55 said... <<<'Provisional Commission of the Communist Party of China'?

    Ianya adalah sebahagian daripada the 'Greater China Plan' yang meliputi

    semua negara-negara di Indo-China termasuk Indonesia dan Filipina.>>>

    ..........pada saya.... jepun british komunis adalah 'BALA' Allah kepada

    Melayu Islam UNTUK menjadi pembuka minda kembali kepada ISLAM

    KAFFAH........tetapi ia hanya bertukar menjadi niaamt kepada segelintir

    mereka yang sedar dari tipudaya dunia [politik/ekonomi/sosial] dan

    hawanafsu/ego yang dipowerkan oleh iblis dan syaitan.........dan selepas

    'MERDEKA' kononnya.......apakah majoriti Melayu sekarang berpegang dengan

    ADDEEN [iman/islam/ihsan/qiamat/alamatul qiamah] ...............dan APAKAH

    MEREKA menolak DEMOKRASI BARAT/RIBA[semua bank dibawah bank dunia

    yahudi]/SEKULAR [sistem pendidikan dn pentadbiran]...yg menjadi gagasan

    bukan Islam / kafir penjajah ? ............................ATAU MAJORITI

    MELAYU ADALAH PENGIKUT TEGAR GAGASAN PENJAJAH DAN MENJADIKAN ISLAM BUKAN

    SEBAGAI ADDEEN TETAPI HANYA TEMPELAN/IKLAN MEMANCING SIMPATI/UNDI YG LEBIH

    BERSIFAT MUNAFIQ ?
    https://www.facebook.com/pages/Ulama-SUU-WAL-Fitnah/226533224076205

    ReplyDelete
  7. lepas tu pegi la sokong seksualiti merdeka ko tu. baru la ISLAAAAAAAAAAAAAAAM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive