Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 29 September 2011

BALKIS TAK DAPAT LARI LAGI.


Sejak dari hari pertama selepas PRU12  dan selepas PR ambil alih pentadbiran kerajaan Selangor,ramai yang tidak mampu duduk diam... masing-masing gusar...
dari Menteri Besar si Khir Toyo tu sehinggalah ke wakil rakyat dari BN dan UMNO...
tak cukup dengan itu,isteri-isteri wakil rakyat pun turut gundah gulana...

Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) turut cuba melarikan wang sejumlah RM9.9 juta yang ada dalam akaun BALKIS..

sedangkan wang ada di dalam akaun itu adalah datangnya dari sumbangan orang ramai termasuk juga sumbangan dari Kerajaan Selangor dan juga anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor...

Presiden BALKIS ketika itu,iaitu bini si khir toyo telah memohon supaya Pendaftar Pertubuhan membubarkan BALKIS,permohonan itu dibuat pada 11 March 2008, [rujuk sini]

jadi tang mana pulak bekas Presiden BALKIS,Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat keputusan menderma wang tersebut ke Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI)?  

dan pastu memohon pertubuhan itu dibubarkan pada 11 Mac lalu, tiga hari selepas pilihan raya umum ke-12... 
dan pada 11 Februari 2009 ROS membubarkan BALKIS...

Tan Sri Khalid Ibrahim pun apa lagi... bila dah tengok kaki penipu rakyat ni cuba menipu kerajaan PR pulak.. maka Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor telah membawa isu ini ke mahkamah...
biar tembelang bini-bini wakil penipu rakyat BN ni terbongkar.. [baca sini]

Pada 11 September 2009,kerajaan negeri Selangor,  berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan ROS. 

Lepas tu pulak cubaan peguam negara untuk merayu keputusan mahkamah itu telah ditolak  pada 2 feb 2011...

dan kini,kerajaan Selangor dibenarkan mendapat dokumen yang dituntut selama ini...
walaupun makan bertahun... akhirnya berjaya juga....
BACA ARTIKEL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive