Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 19 September 2011

BAGAIMANAKAH JIKA UMAR AL KHATAB TAHU KEADAAN INI..?


Kalau korang perasan..
zaman kita sekarang ni anak muda sudah semakin teruk akhlak mereka..
sembahyang seolah-olah bukan lagi kewajipan..
maksiat sudah seperti keperluan di dalam berkawan..

dalam keadaan masyarakat kita sebegitu...
alim ulama' kita pula seperti dipilih-pilih dalam menyampaikan ilmu.. ada ulama'-ulama' ataupun ustaz-ustaz yang boleh memberikan ceramah ilmu agama dan ada pulak yang tidak boleh, dan dihalang..

ulama'-ulama' yang cuba mengajarkan ajaran Islam yang sebenar dan secara menyeluruh dihalang dari menyampaikan ilmu..

disebabkan Dr Rani dan Khalid Samad adalah pemimpin,maka tauliah mereka tidak boleh diperbaharui.. 
hanya kerana mereka itu pemimpin sahaja... 
bukan kerana alasan ajaran mereka salah atau pun silap...

Umar Al Khatab dan para sahabat yang lain adalah ulama'... antara mereka juga ada yang menjadi gabenor,pemimpin daerah dan pemimpin sebuah negara dan negeri..
mereka tu semua adalah pemimpin politik.. 
mereka juga adalah ulama' yang menyampaikan ilmu agama kepada rakyat mereka..

tidak pernah pula sedetik mereka memisahkan pentadbiran kepimpinan politik dengan agama.. setiap keputusan yang mereka buat untuk negara adalah dirujuk dengan agama terlebih dahulu...
kerana pentadbiran politik mereka bersatu dengan agamalah kerajaan Islam dulu menjadi kuat..

kalau seperti yang sekarang inilah amalan kita.. 
maka selamanyalah kita tidak akan dapat pemimpin negara yang akan menyampaikan khutbah jumaat dan selamanyalah juga kita tidak akan ada pemimpin yang menyampaikan tazkirah dan mengimamkan solat...

kerana pemimpin politik hanyalah untuk politik sahaja..
ulama' pula hanyalah tempat untuk belajar wudu' sahaja..

Islam semakin ditolak...
janganlah kita menjadi salah seorang yang menyokong kepada penolakan ke atas Islam ini...

bagaimanakah perasaan Umar Al Khatab jika dia dapat tahu tentang permasalahan ini..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive