Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 12 September 2011

6% , TIMBALAN MENTERI DEDAH SEGALA KEPUTUSAN MESTI MELALUI KERAJAAN.


Baru-baru ini rakyat malaysia di negara yang tidak pernah dijajah ini telah dikejutkan dengan pengumuman perlaksanaan cukai 6% terhadap pembelian nilai pra bayar dan juga pembelian sim pek..

rakyat jelata yang rata-rata masih lagi dalam keadaan terkejut dengan kenyataan pakar putar alam yang mengatakan negara kita tidak pernah dijajah,  sekali lagi pula "dikejutkan berukkan"  dengan pengumuman cukai 6% yang disifatkan oleh rakyat sebagai pengumuman "percubaan" atau "saje test try" dari BN...

satu perkara yang kita kena fahamkan adalah pengumuman dibuat didalam "paper" dan juga melalui SMS kepada pengguna prepaid.. termasuk aku.. [sms]

pengumuman yang sebegini besar dan usaha pemindahan beban cukai dari syarikat telekomunikasi kepada bahu rakyat sudah tentulah memerlukan "keizinan" dari pemerintah...

mana boleh Syarikat Telco secara "santai" boleh kaut duit rakyat tanpa ada persetujuan dari pemerintah...
sebab yang nak ambik duit cukai tu adalah pemerintah..
isu tersebut telah menyebabkan rakyat marah..

apabila Najib sudah melihat kemarahan rakyat berkenaan cukai ini,maka Najib pun keluarlah kenyataan seolah-olah dia sebagai Perdana Menteri tidak mengetahui langsung tentang cukai 6% tu..
dia mahu rakyat berfikir seolah-olah syarikat Telco ini tidak boleh dikawal dan bertindak sendiri..
baca kenyataan Najib ni..


Najib cuba meyakinkan rakyat bahawa syarikat Telco ni jer yang memandai-mandai dalam isu cukai 6% ini..
tapi rakyat tak bodoh,rakyat tahu bahawa apabila Syarikat Telco berani melakukan  pengumuman itu, sudah tentulah mereka telah mendapat keizinan terlebih dahulu..

dalam maksud untuk menenangkan dan meredakan kemarahan rakyat,Timbalan Menteri Datuk Maglin Dennis D'cruz secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa semua keputusan adalah WAJIB melalui KERAJAAN..


Nampak tak..? 
syarikat Telco nak buat apa-apa pun mestilah mendapat keizinan kerajaan,tak boleh buat sendiri.. 

jadi, tindakan Najib keluarkan kenyataan seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa, dan semua kesalahan itu pula diletakkan ke atas Syarikat Telco adalah sangat tidak bertanggungjawab..

jika rakyat tidak bising,sudah pastilah cukai 6% itu akan terus dilaksanakan..
rancangan Najib kini mendapat tentangan dari rakyat.. namun dalam keadaan itu pun najib masih mahu berlakon dan masih mahu menjadi "HERO" dengan mengambil tindakan seolah-olah dialah yang telah menghalang perlaksanaan cukai 6% tersebut..

politik..politik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive