Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 10 September 2011

37 PENEROKA FELCRA BUAT LAPORAN POLIS FELCRA MENIPU.


Seramai 37 orang peneroka Felcra di Bota,Perak membuat laporan polis apabila menyedari bahawa Felcra telah dengan selamba menipu mereka selama ini..

peneroka-peneroka, samada di Felda atau pun di Felcra yang semakin hari semakin bijak dalam menuntut hak-hak mereka, dan perkembangan ini sudah tentulah akan menyebabkan pihak kerajaan semakin susah..

ini kerana, impian dan hasrat kerajaan adalah supaya orang melayu tidak mempersoalkan hak-hak mereka dan kerajaan mahu menanamkan dalam kepala orang melayu ni bahawa mereka perlu bersyukur sentiasa tanpa menyoal balik kepada kerajaan apa yang patut dan apa yang tidak patut..


Yusuf yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Perak (Bapa) menjelaskan, mereka amat tidak puas hati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya diterima oleh mereka seluas 10 ekar seorang seperti yang dijanjikan dan turut tercatit di dalam surat perjanjian itu. 

Katanya, para peneroka yang tertindas tidak seharusnya takut untuk bertindak bagi mendapatkan keadilan kerana setiap peneroka mempunyai haknya yang tersendiri seperti yang dijanjikan. 

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yakin keberanian 37 peneroka Felcra Belia mengatur tindakan awal dengan membuat laporan polis itu ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra Jalan Kancu, Tapah, Ramli ke atas Felcra baru-baru ini.


 Kes Ramli,peserta Felcra Jalan Kancu di Tapah.

Seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya. 

Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah. 


Bagus... melayu makin lama makin tahu hak-hak mereka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive