Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 30 August 2011

WIKILEAKS - PEGAWAI SETIA UMNO KERAS KEPALA ,ENGKAR ARAHAN


Isu ini hanya diketahui oleh orang-orang yang bekerja di SUK Selangor atau pun orang-orang yang rapat dengan mana-mana YB...

aku pun dulu pernah mengadukan sikap pegawai-pegawai dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor ini kepada beberapa YB Pakatan Rakyat.. dan Alhamdulillah perkara ini sebenarnya memang dalam perhatian YB Pakatan Rakyat pada ketika itu..

memang banyak masalah yang dihadapai oleh Pentadbiran Pakatan Rakyat pada awal pemerintahan PR tahun 2008 lalu.. antaranya, banyak masalah disembunyikan oleh pegawai-pegawai yang masih setia kepada UMNO...

kerja yang tidak siap dilaporkan sebagai "sudah beres",
PBT-PBT pula banyak melakukan operasi menyita peralatan peniaga-peniaga melayu yang berniaga di tepi jalan,
saman untuk peniaga kecil juga telah dinaikkan sejurus Pakatan Rakyat memerintah Selangor.. 

di salah satu daerah di selangor ini contohnya,saman peniaga haram secara tiba-tiba dinaikkan dari RM150 satu saman ke RM300 untuk satu saman...
dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga saman ini dilakukan sewaktu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum angkat sumpah sebagai MB lagi...
UMNO kalah jer dorang terus naikkan saman.

(ingat tak,angkat sumpah MB pada waktu tu lambat sikit ekoran pelbagai isu termasuk pada waktu itu UMNO cuba memujuk Hassan Ali supaya bergabung dengan UMNO..? ingat tak..?)

semua tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang setia kepada UMNO itu adalah bertujuan untuk membuat rakyat bawahan marah kepada kerajaan baru Negeri Selangor Pakatan Rakyat pada tahun pertama.


Namun bukan semua PBT macam tu,hanya beberapa PBT sahaja yang cuba mensebotaj Kerajaan Negeri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak patut, yang arahannya bukan dari mana-mana YB ataupun exco Kerajaan Negeri.

Pakatan Rakyat bernasib baik kerana mereka mempunyai YB-YB yang selalu turun padang...
jadi, perancangan jahat pegawai-pegawai yang "setia kepada UMNO" ini telah gagal..apabila YB mendapati kerja-kerja yang "sudah beres" tadi rupa-rupanya masih "belum beres"...

selepas terbongkar perkara itu,YB-YB tidak lagi percaya 100% apa yang disampaikan oleh pegawai-pegawai ini,malah ada juga yang ditukarkan ke bahagian lain..

masih ada juga pegawai-pegawai yang tidak hormatkan Ahli Exco Kerajaan negeri sehinggalah pada hari ini..

salah seorang jiran aku yang bekerja dengan SUK,dia kata sewaktu Ronie Liu datang ke pejabatnya (di dalam bangunan SUK), dia tidak melayan Exco ini dengan mesra,sebaliknya melayannya sebagai musuh..
bila Ronnie Liu bertanya,"awak tidak kenal saya ker" 
jiran aku yang setia membabi buta kepada UMNO tu terus menjawab dengan angkuhnya, "tak,saya tak kenal"..

dia cerita kat aku pun dengan muka dan nada yang angkuh.. seolah-olah dia bangga dapat memperlakukan Exco kerajaan negeri tu macam orang asing yang datang berurusan dengan jabatan dia..

ramai yang tidak faham isu ini,sehinggalah timbul isu perlantikan Kushrin (gambar) sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor,masa tu barulah orang ramai faham bahawa ada beberapa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor ini,Kerajaan Negeri tiada kuasa mutlak untuk menukar atau memecat .

Begitulah yang berlaku apabila pegawai hanya patuh kepada parti dan tidak kepada kerajaan yang mentadbir yang diamanahkan oleh rakyat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive