Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 30 August 2011

WARGA AMAN PERTAHAN MAT SABU,MINTA POLIS TIDAK PILIH KASIH


Aku dah agak dah,...
sekarang ni rakyat malaysia bukan macam tahun 1980an lagi dah...
rakyat dah tak bodoh lagi.. 
dan rakyat menilai sesuatu isu itu secara khusus dengan kebijaksanaan,berlandaskan fakta...

sikap polis yang secara pantas ingin melayan laporan polis yang dibuat terhadap ceramah Mat Sabu telah membuka mata rakyat yang bijak,berlaku ketidakadilan polis dalam menyiasat kes...

“Angkatan Warga Aman Malaysia yang mewakili 20 pertubuhan bukan kerajaan menyokong penuh pandangan Timbalan Presiden PAS sebagai betul. 

Mat Sabu telah mengecam laporan Utusan Malaysia yang mendakwa beliau telah menyokong pengganas komunis dalam insiden Bukit Kepong sebagai hero,” kata Setiausaha Agungnya dalam satu kenyataan hari ini.


Insiden yang pernah di lakukan oleh Utusan,Ibrahim Ali dan juga Ezam yang boleh menyemarakkan api perkauman dan agama dalam negara kita ini adalah lebih teruk lagi berbanding ceramah Mat Sabu yang menyampaikan fakta yang tidak dibicarakan oleh sejarah secara tepat..

apakah  tindakan yang diambil oleh polis terhadap begitu banyak laporan polis yang telah dilakukan terhadap penyebar api perkauman tu??

kenapalah kita ada polis yang bersikap seperti UMNO dalam negara kita ini....
bukankah cukai rakyat yang menanggung semua gaji anggota polis ni..?

2 comments:

  1. Terima lah hakikat Mat Sabu kurang bijak dalam isu ini. DAP plak bila PAS silap selamber jer memisahkan diri tapi PAS bila DAP silap...sorg pun x berani tegur depan2....nak menjaga kawan2 dlm PR kononnya.

    Yang benar tetap benar dan yang bathil tetap bathil...dgr video tu betul2 dan katakan bahwa Mat Sabu xder niat nak mengata yg menyerang balai polis tu lebih mulia daripada anggota polis yg mempertahankan balai tersebut!!!!!

    ReplyDelete
  2. Sahabat,
    Aku mendengar dari atuk nenek dan ibu bapa ku betapa peritnya penghidupan mereka semasa pemerintahan Jepun, membawa kepada amukan Bintang Tiga dan gerakan bawah tanah waktu Malaya belum merdeka. Aku dengar orang-orang lama bercerita mereka takut pada komunis yang masuk kampung meminta wang, beras, ubat dan lain-lain keperluan. kalau tidak diberi, keluarga tersebut berada dalam bahaya...
    mmm...kalau komunis tu baik dan berjuang untuk kemerdekaan, kenapa penduduk rakyat jelata marhain itu ketakutan?. Melainkan komunis menyakiti mereka dan mengugut-ugut mereka. dan cerita ini diseritakan serata Malaysia selepas merdeka.

    Sahabat,
    Saya yakin tuk nenek moyang kita masa tu pasti lega bila mendengar kabar mata-mata polis british yang terdiri dari anak watan ada berkawal di sekitar kampung mereka. kerana mereka bebas dari ugutan dan kacau ganggu komunis. Saya pasti keluarga sahabat juga pasti begitu. mereka tak mungkin menyokong komunis pada ketika itu...

    PAST...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive