Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 10 August 2011

VIDEO PELAJAR MALAYSIA CEDERA DIROMPAK DALAM RUSUHAN DI UK


Video pelajar yang cedera dirompak dalam rusuhan di UK tu telah tersebar luas..  

 

disaksikan oleh seluruh dunia..ianya adalah satu kejadian yang menyedihkan kita.. 

 

dalam keadaan yang cedera,tiada sesiapa yang simpati terhadap beliau,malah beliau dirompak pula dalam keadaan cedera itu... memang tak bertamadun ler mat saleh ni...

 

ianya bukan lah sesuatu yang kita mahukan ia berlaku.

 

pelajar itu adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di Londo.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
 sila lihat video ni :-
Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.


Mark Duggan
Bagi yang kurang tahu berita ini... rusuhan ini asalnya bermula dengan kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, yang ditembak polis pada khamis lalu.. 

dikatakan mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis...

namun mengikut laporan yang lain mengatakan bahawa tiada bukti balastik yang mengatakan Mark Duggan telah melepaskan apa-apa tembakan.. 

berikutan kejadian itu telah mencetuskan rusuhan di kota london...

di sini aku lampirkan beberapa keping gambar tentang rusuhan yang berlaku...


perlu di ingat, Bersih 2.0 tidak akan berlaku seperti ini... jauh sekali... kerana semua peserta Bersih tidak membawa apa-apa senjata dan bahan-bahan yang merbahaya... Bersih hanya melibatkan orang awam yang menuntut keadilan dalam pilihanraya,termasuklah mahasiswa,gadis-gadis,orang tua da juga kanak-kanak...

apa-apa tanggapan bahawa Bersih akan menjadi seperti di UK adalah tidak benar sama sekali... 
harap maklum
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive