Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

UMNO SELANGOR YAKIN RAMPAS DI KAWASAN YANG TIADA INTERNET


KAH.. KAH.. KAH..KAH..


Apa punya jenis adun ler, adun  UMNO Kuang ni,si Abdul Shukor, tu....

ada ker dia kata : 

  “Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” 

Apa yang korang fikir...?
apa yang korang fikir,sama tak dengan apa yang aku fikir...?
Adun ni menggambarkan bahawa UMNO yakin rampas dun dikawasan kampung..
 
...kawasan luar bandar...
yang kurangnyer acces internet... yang tiada liputan dari media alternatif dan hanya membaca utusan sahaja...

kalau bahasa pasar dan kasarnyer adalah..
"UMNO yakin tawan dikawasan penduduk 
melayunye 'bodoh' sikit" begitulah kalau dialih bahasa ke bahasa yang mudah faham...


lepas tu Adun ni dengan rasa bangga dan besar diri menyatakan UMNO yakin tumbangkan PR Selangor dalam PRU13nanti... 
dia kata dalam angan-angannya, bahawa UMNO boleh memperolehi majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat..

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor,  memberitahu , pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun... 

(apa makna "dengan apa cara sekalipun tu..? bagi aku itu maknanya, tak kisah ler cara baik atau cara kotor,UMNO mesti rampas Selangor)

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang. (survey mana ler dia ambik tu..)

Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.
(rasa tak senang rakyat terhadap PR..? setahu aku rakyat bawahan lebih senang hidup mereka di bawah PR... )

(dan kerja kuat pemimpin UMNO...? abis yang metting cawangan  UMNO sampai tak cukup korum tu apa dia tu..?)


“Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor,” kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu

Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

“Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

“Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” kata beliau dengan senyuman.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai “kawasan hitam”, yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.

Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.

Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi “kawasan hitam” tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.

Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.
The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.

Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.
Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.. (biasa ler,gula-gula najib kepada MIC)


Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat...(yer ker... ntah,aku rasa macam kurang yakin jer kenyataan mamat ni..)

UMNO ni waktu tersepit memang dia buat baik... 
memang dia jilat-jilatnyer tangan kita...
tu waktu dia tersepit... 

kalau dia dah lepas bebas dan rasa kuat,jangan harap ler dia nak buat baik dengan rakyat bawahan.... 
mana aku tahu...?
weeiii... pengalaman rakyat kena main dengan UMNO bukan sehari dua weeii..
berpuluh tahun dah... 

korang nak kena tipu lagi ker...?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive