Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

UMNO NI MEMANG TAK RETI BAHASA, BELAJAR SIRAH ISLAM DULU LER..





Puak-puak UMNO memberi amaran keras kepada

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bersikap ‘double standard’ berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu mencegah penganut Islam dari murtad.

Apa yang double standardnya..?
MB belum pun keluarkan kenyataan rasmi dari Kerajaan Negeri memandangkan laporan JAIS belum siap...

Soal MB minta maaf tu biasalah aksi spontan dari seorang manusia.... 
dari seorang ketua pentadbir sebuah negeri yang mana dibawahnya terdapat jutaan rakyat dari pelbagai agama... bukan Islam sahaja...

kena faham bahawa dia ketua kepada semua kaum dan agama...

baliau hanya secara spontan saja meminta maaf dengan tujuan agar insiden tersebut tidak menjadi isu besar dan memarakkan api kemarahan sesama agama...

SALAH KER MEMINTA MAAF...? tidaklah dinamakan menghina Islam dengan hanya meminta maaf... 

sedangkan Nabi pernah memadamkan nama "Rasulullah" ketika membuat surat PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH

baca ni dulu sebelum nak marah pasal MB minta maaf tu.. :

semasa hendak menulis perjanjian itu,
Nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim, 

maka kata Suhail, berhenti!..
Aku tidak kenal "Ar-Rahman Ar-Rahim". 
Tulislah Bismikallahumma maka baginda Rasulullah menyuruh Saidina Ali menulis Bismikallahumma.


Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali menulis inilah perjanjian damai di antara Muhammad Rasulullah SAW. 

Kata orang-orang musyrikin Quraisy... berhenti ! 
Dan padamkan perkataan Muhammad Rasulullah SAW. 
Jika kami mengakui kamu Rasulullah SAW maka tentu kami tidak memerangi kamu. 

padam olehmu perkataan Rasulullah SAW. Maka Saidina Ali tidak mahu memadam perkataan Rasulullah.


Mengikut ahli ilmu hadis, Rasulullah SAW sendiri memadamkan perkataan Rasulullah SAW dengan tangan baginda sendiri. Kata Suhail tulislah nama kamu dan nama bapa kamu.

Maka baginda Rasul menyuruh Saidina Ali menulis inilah perjanjian damai di antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amru, tanpa meletakkan nama "Rasulullah"

inilah cara kita dalam Islam... Islam sentiasa mahukan kedamaian... bukannya  pergaduhan..!


Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom juga mahu agar Khalid tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.
Beliau berkata amaran itu turut ditujukan kepada pihak pembangkang dan sekiranya ia gagal maka mereka tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin yang mengaibkan Islam.



Ujar beliau, “amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan.

“Harap pembangkang dengar masalah dan kami tidak akan teragak-agak untuk gempur mana-mana pemimpin yang mengaib dan memecah-belahkan orang-orang Islam,” katanya yang berpiket di luar Bangunan SUK dan turut disertai kira-kira 60 orang.

Umno menyamar di bawah nama Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) ker..? kah..kah..kah..


habis masa pemimpin UMNO hina Islam ni tak bising pulak..?
tak mau gempur ker..?

tak tahu yer pemimpin UMNO hina agama... meh aku bagi sikit info..:

"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif"
(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)

“Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
 (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.


“Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
 (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994).

"Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan"
 (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan)
kenyataan pemimpin -pemimpin UMNO tulah yang menghina ISLAM..
kenapa tak mau gempur..?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive