Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 3 August 2011

UMNO NAK "CAMPAK KHAIRY" PULAK...


Khairy nafi pernah jadi ‘orang tengah’ antara Pak Lah-Anwar

Usaha untuk membuang KJ dari dalam UMNO ni memang dah lama dah.. 
bukan berita baru..
sejak Pak Lah turun takhta lagi sudah kedengaran...

tetapi kini bila dah nak hampir PRU,maka isu-isu berkaitan KJ akan dimainkan semula dengan episod drama bersiri yang baru...

Baru-baru ini,timbul dakwaan bahawa KJ menjadi orang tengah antara Pak Lah dengan DSAI sewaktu Pak Lah menjadi PM dahulu....

Bagi aku ini bukan isu besar.. 
sebab aku menyokong PR,jadi tak jadi masalah bagi aku kalau betul pun...
tetapi dalam UMNO,individu yang berbaik-baik dengan DSAI boleh dianggap "berdosa" kepada parti...

hehehe... bengong UMNO ni...

sebab, UMNO dah letakkan DSAI ni sebagai musuh utama UMNO..

jadi mengaitkan KJ dengan urusan yang ada kena mengena dengan 
 DSAI sahaja sudah cukup untuk menggoyangkan masa depan KJ...
begitulah hebatnyer orang yang bernama Anwar Ibrahim ini...
Anwar sangat-sangat ditakuti oleh UMNO...

Namun KJ menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan DSAI untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan yang dibawa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Rembau (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat.

“Abdullah mahukan sokongan tidak belah bahagi ke atas rang undang-undang (yang dibawa beliau). Ia adalah penting bagi beliau dan Umno, undang-undang itu diluluskan,” kata Ketua Pemuda Umno ini.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai “sebahagian daripada legasi Abdullah.”

Khairy juga menafikan pakej pembaharuan terbabit termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan strategi-strategi politik untuk mengetepikan sebarang usaha menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

“Saya (masih) ingat Abdullah ada meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz agar memberi taklimat kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mengenai rang undang-undang itu,” kata Khairy..

tetapi menegaskan, beliau tidak memainkan sebarang peranan sebagai orang tengah bagi Abdullah dan Anwar ketika itu.

udah lah KJ... usah lah nak mempertahankan jawatan politik ko dalam UMNO tu...
dorang memang tak hargai ko...
kalau dorang menghargai ko, dah lama dah ko pegang jawatan menteri...

pesan aku,tinggalkanlah UMNO tu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive