Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 10 August 2011

UMNO : NAJIB KATA JAGA RUMAH,JANGAN SIBUK NAK LETAK CALON SENDIRI



Najib ketika jumpa pope..
Najib  mengingatkan ahli-ahli Umno agar bersatu untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.
 
Perdana Menteri berkata ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden Umno berkata ia merupakan antara  faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. 

Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian.

(nampaknya najib dah tahu pasal puak-puak ni... maknanya Muhyiddin kena ambil langkah segera ler ni..)

“Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini.

Najib berkata selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan Umno dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

 "biarlah  pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang,” katanya. 

kah..kah..kah..
maksud najib tu adalah...ahli UMNO hanya perlu kata "yes bos" bila calon sudah ditetapkan... 

hal lain-lain jangan nak sibuk-sibuk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive