Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 20 August 2011

UMNO MENGINGKARI TITAH SULTAN


Kenapa...?
kenapa UMNO tidak segan silu mengingkari titah sultan..?

dalam kes operasi JAIS terhadap DUMC pada 3 ogos lalu.. 
Sultan telah menitahkan agar pihak parti
politik tidak mempolitikkan isu tersebut..
Sultan juga menitahkan agar pertemuan JAIS dengan PAS tidak dilakukan agar tiada pihak menyalurkan maklumat yang kurang tepat...

Sikap Hassan Ali yang berdiam diri sehingga ini juga adalah atas sikap patuh dan taat setia terhadap titah Sultan agar tiada sesiapa mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga siasatan JAIS selesai..

Jadi pendirian yang diambil oleh MB Selangor yang hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat laporan penuh dari JAIS adalah bersesuaian dengan titah Sultan...

Namun apa yang kita kesali adalah..UMNO melalui blog-blog pro parti tersebut secara berlagak dan samsengnya telah mengeluarkan bukan hanya kenyataan provokasi terhadap agama lain.... 

tetapi juga telah mengeluarkan maklumat-maklumat penting berkaitan operasi JAIS itu..

ini termasuklah video dan juga gambar semasa operasi JAIS itu dilakukan..

Justeru itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menggesa agar siasatan dijalankan apabila wujudnya dakwaan penglibatan Umno semasa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Ini berikutan dakwaan Setiausaha Agong PAS  Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengatakan Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas DUMC 3 Ogos lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua DPPNS Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan penulis blog yang menyiarkan klip video rakaman Jais pada malam kejadian sebagai satu penderhakaan kepada Sultan.

Katanya, Jais dalam responnya terhadap PAS  minggu lalu berkata tidak akan ada sebarang pertemuan atau penjelasan dengan mana-mana pihak seperti yang dititahkan Sultan sehingga siasatan selesai.

Namun, beliau berkata Umno mengingkari arahan tersebut malah terus menyiarkan klip video terbabit melalui  beberapa blog milik penulis upahan Umno.

“Sultan sudah keluar titah jangan keluarkan apa-apa kenyataan sebab itu Dr Hasan tak mahu berjumpa dengan pihak media atau sesiapa kerana dia akur dengan titah Sultan.

“Tetapi Umno yang kononnya mempertahankan institusi Raja, telah  bertindak mengingkari arahan Sultan,” katanya.

UMNO ni ibarat pisau dua mata.... atas potong..bawah pun dia potong gak... 

1 comment:

  1. pisau dua mata ni orang kelantan dulu-dulu panggil "BELIGHA" ... atas bawah kedua-duanya tajam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive