Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 25 August 2011

UMNO LAYAN ULAMA' MACAM "TEROMPAH" KAYU


Siapa yang tidak kenal UMNO...?
UMNO adalah satu parti yang sememangnya menolak hukum-hukum Islam yang menyusahkan mereka..

mereka ambil dan guna pakai ayat-ayat yang sesuai dengan perjuangan "bangsa" mereka..
mana-mana ayat yang tidak sesuai akan mereka tolak dengan pelbagai alasan..
dan ini mereka umumkan sebagai ISLAM SEDERHANA...

Islam sederhana kepala bapak dorang...
Islam tu Islam ler... 
macam mana yang Nabi ajar para sahabat.. 
macam tu le Islam..
mana ada Islam Sederhana atau Islam ekstrim..?

ulama' dalam negara kita ni memang sedih keadaannya....
yang mana keluar TV tu semuanya akan mengeluarkan hujah dan dalil-dalil yang tidak akan kena kepada pihak pemerintah...
walaupun secara jelasnya kerajaanlah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam banyak perkara..

mana-mana Ulama' yang bertegas dalam soal hukum dalam Islam akan serta merta di label seolah-olah itu Ulama' ekstrim... dan akan di "gam"

UMNO tidak akan mengambil ilmu yang disampaikan oleh ulama' yang tidak sehaluan dengan mereka,walaupun ilmu yang disampaikan itu adalah ajaran Islam yang sebenar..

Prof. Harun Din pernah difitnah meminta wang ceramah dari RTM sebanyak RM9000 untuk sekali ceramah  di TV,
Harun Din difitnah sedemikian hanya kerana beliau menjawab soalan dari penonton Ehwal Islam yang disiarkan oleh RTM. 
 (dulu Harun Din ni boleh ceramah kat TV secara langsung dalam Ehwal Islam)

penonton tu tanya kenapa Malaysia tidak melaksanakan hudud? 
Harun Din menjawab itu adalah tanggungjawab dan salah kerajaan yang memerintah... 
ulama' hanya menasihat sahaja,pemerintah lah yang perlu melaksanakan...

hanya kerana itu sahaja,maka Harun Din telah difitnah meminta bayaran sebanyak RM9000 untuk sekali ceramah... begitu dahsyatnya fitnah yang dikenakan ke atas Harun Din ini...
kisah ini berlaku pada awal tahun 90an


dalam membangunkan negara pandangan ulama' tidak pernah diambil kira..
seolah ulama' ni hanyalah tempat mengaji di masjid dan menalkinkan orang mati...

kita tidak akan melihat Umara' dan Ulama' duduk berbincang soal pembangunan negara selama mana UMNO memerintah...

kitalah yang kena merubah semua ini dengan undi kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive