Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

UMNO KELANTAN : PILIHANRAYA OLOK-OLOK SEPTEMBER INI


Pilihanraya olok-olok ni keputusan dia olok-olok jugak ker...?

mesti UMNO kata dia dapat kalahkan PAS kat kelantan nanti... hehehe...

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan rayanya pada September ini, 

Beliau berkata parti itu sedang membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya ‘olok-olok’ tersebut, yang merupakan persediaan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kita sedang atur simulasi pilihan raya untuk Kelantan yang bertujuan untuk menguatkan lagi jentera kita, mendapatkan input semasa dan mengenal pasti kelemahan jentera yang perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Persiapan Menghadapi PRU-13: Cabaran dan Harapan di sini.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata buat masa ini pergerakan ketiga-tiga sayap parti Barisan Nasional (BN) di Kelantan dilihat masih kurang memuaskan.
memang apa pun tak boleh UMNO kelantan ni... gebang je lebihnyer... "huk aloh"

Sambil menyifatkan sesetengah jentera bergerak dan melaksanakan program secara ‘hangat-hangat tahi ayam’, memang pun... tau takper..hehehe...

beliau berkata lagi,perkara itu harus diubah dalam memastikan jentera terus kuat bagi menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Semangat meningkat tetapi belum mencukupi, belum sampai tahap dah siap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.

Alah.. depan pemimpin utama semua akan tunjukkan semangat... 
semua kata ok... 
semua kata boleh..
tapi abuk pun tarak...
aku tahu sangat ler perangai cawangan dan bahagian UMNO ni..

dorang semua ni mana nak kerja kuat sangat..
kalau dapat duit dan projek nak ler dorang tu...

1 comment:

  1. pilihanraya olok2, keputusan pun olok2 jg la, haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive