Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 17 August 2011

UMNO DISEBALIK ISU GEREJA : MUSTAFA ALI KEKAL DENGAN KENYATAAN AWAL


Kita perlu tanya pada diri kita sendiri..
dalam isu operasi gereja awal bulan ini... 
siapa yang dapat keuntungan politik..?

siapa yang tak habis-habis memanaskan isu ini..?
sehingga sanggup mengistiharkan perang kepada pihak gereja.. 

sedangkan beratus ribu umat Islam yang dah murtad selama ini dipandang sepi macam itu sahaja..

umat Islam di Malaysia ni batu 12 orang tu je ker yang dah murtad..?

siapa yang memerintah Malaysia selama ni...? 
macam mana pulak beratus ribu orang Islam yang murtad dalam negara ni kita diamkan saja..?

dan disebabkan 12 orang yang murtad ni  kita nak istiharkan perang pulak..?

tak ker itu semua adalah permainan politik UMNO...?

semua isu ini..
kenapa ianya dipanas-panas... 
dan dibesar-besarkan...?
...mengikut kenyataan Datuk Mustafa Ali, ianya disebabkan ada campur tangan  UMNO dalam isu gereja ini..

Lalu, marahlah UMNO kerana tembelang mereka telah pecah... dan telah meminta Mustafa Ali supaya memohon maaf diatas kenyataan beliau tersebut...

dan hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan  parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.
 
Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu. (DD)

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit. 
 
Beliau berkata “Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” 

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.
“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

kah..kah..kah...
rakyat semua dah tahu dah...
lepas ni isu apa pulak UMNO nak panaskan..?
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive